Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia TV3

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia TV3

 Mocha Kau Bahagia mengisahkan kisah suka dan duka dua orang sahabat, Firdaus dan Melur yang berkongsi zaman remaja bersama. Tekad untuk memulakan karier di McDonald’s, mereka mengambil keputusan untuk menjadi Barista McCafĂ©. Dalam kesibukan mengejar cita, keduanya menyimpan cinta terhadap satu sama lain.

Namun perasaan itu dibukukan di dalam hati tanpa diucapkan. Kehadiran Zikri (pengurus restoran) sebagai orang ketiga telah menambah konflik cinta tiga segi di McCafé. Kekecewaan Firdaus dalam cinta memaksanya untuk terus mengejar cita-cita.

Milik siapakah hati Melur? Mampukah persahabatan Firdaus bertukar menjadi satu perhubungan? Dapatkah Zikri memenangi cinta Melur? Saksikan segalanya dalam drama Mocha Kau Bahagia di kaca tv anda.

Pelakon Drama Mocha Kau Bahagia TV3

Syafiq Kyle sebagai Firdaus
Farah Nabilah sebagai Melur
Syazwan Zulkifly sebagai Zikri
Issey Fazlisham

Gambar Drama Mocha Kau Bahagia TV3

Sinopsis drama Mocha Kau Bahagia TV3 lakonan Farah Nabilah dan Syafiq Kyle, pelakon dan gambar drama Mocha Kau Bahagia TV3
Tonton lakonan Farah Nabilah dan Syafiq Kyle menerusi drama Mocha Kau Bahagia di kaca tv anda

Saksikan drama Mocha Kau Bahagia
Tarikh Mocha Kau Bahagia disiarkan: 11 November 2017
Jumlah episod drama Mocha Kau Bahagia: 4
Mocha Kau Bahagia episod akhir – episod 4
Hari: Sabtu
Jam: 10.30 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment