Sinopsis Titian Cinta Episod Akhir

Sinopsis Titian Cinta Episod Akhir (Episod 28)

Drama Titian Cinta TV3 Episod Akhir ke-28 | Titian Cinta LAST EPISODE – Niat jahat Sofea (Tisha Shamsir) cuba untuk bunuh Aisy (Farah Nabilah) terhalang bila mana ibu mertuanya iaitu Puan Sri Nora (Marisa Yasmin) datang membantunya. Malangnya, pisau tersebut tertusuk di perut Puan Sri Nora.


Panik dengan keadaan tersebut, Sofea lari ketakutan dan menyembunyikan dirinya sekali lagi. Puan Sri Nora dikejarkan ke hospital. Syukur, semuanya selamat, dirinya juga sudah stabil. Baru Puan Sri Nora tahu tembelang sisi jahat Sofea.

Danial (Shah Jaszle) datang merayu kepada Umayr Harris (Zul Ariffin) agar melepaskanSofea. Namun kata-kata pedas Harris menusuk kalbu Danial, menyedarkan diri Danial betapa dirinya begitu obses dengan Sofea. Danial membuat keputusan menyerahkan Sofea kepada pihak polis dan berjanji kepada Sofea bahawa dirinya akan setia menunggu Sofea sehingga Sofea keluar dari penjara. Dia berjanji akan mengahwini Sofea.

Berang dengan ugutan Rayyan (Daler Yusuf), Danial membelasah Rayyan sehingga teruk. Rayyan yang ketika itu bergelut dengan penyakitnya, akhirnya terlantar di hospital.

Rahsia yang disimpan rapi oleh Tan Sri Hakim (Arash Mohd) akhirnya terbongkar jua. Isterinya berjaya mencungkil rahsia besar yang disimpannya. Malah begitu terkejut bila mendapati Rayyan merupakan abang kepada Harris!

Mengetahui Rayyan adalah abangnya sendiri, baru Harris faham mengapa Rayyan begitu memusuhinya! Malahan berita itu sedikit sebanyak menaikkan api kemarahan dalam dirinya. Mana tidaknya, Rayyan yang tidak putus-putus memberi masalah dalam rumah tangganya. Bahkan berani mencederakan ayahnya juga.

Tan Sri Hakim juga kesal kerana tidak memaklumkan lebih awal perkara tersebut. Dalam kekecohan, dia menerima panggilan dari hospital. Rayyan dalam keadaan kritikal. Sempat dia mengutuskan surat buat Aisy menyatakan kekesalannya atas tindakannya selama ini. Siapa sangka nyawa Rayyan masih panjang. Selepas menerima rawatan pembedahan sum sum tulang, dia akhirnya menjalani hukuman penjara atas kesalahannya.

Setahun kemudian. Aisy dan Harris mendapat bayi lelaki dinamakan Harraz. Semua keluarga begitu gembira dengan sambutan ulang tahun kelahiran Harraz. Harris menghadiahkan sejambak bunga kepada isterinya. Menyatakan rasa cintanya yang tidak pernah berbelah bahagi. Tamat! Sekian, ending drama Titian Cinta TV3. Happy ending!

Pelakon Drama Titian Cinta

Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofea
Daler Yusuf sebagai Rayyan
Shah Jaszle sebagai Danial
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Arash Mohd sebagai Tan Sri Hakim
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi

Gambar Drama Titian Cinta Episod Akhir

Sinopsis Titian Cinta episod akhir (episod 28) drama Titian Cinta akhir, akhir cerita drama Titian Cinta tamat, Titian Cinta last episode, ending Titian Cinta
Titian Cinta episode 28 – last episode
Menarik untuk dibaca:

Drama Titian Cinta EPISOD AKHIR
Titian Cinta tamat episod akhir – episod 28
Tarikh: 30 Oktober 2017
Jam: 7.00 malam
Hari: Isnin
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment