Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro)

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Astro

Drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah - Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya.

sinopsis drama lafazkan kalimah cintamu astro lakonan farid kamil dan nelydia senrose, pelakon dan gambar drama lafazkan kalimah cintamu astro, drama adaptasi novel lafazkan kalimah cintamu karya siti rosmizah
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose
Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Saksikan segalanya dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu di kaca tv anda.

Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Astro

Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya
Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah

Gambar Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Astro  

sinopsis drama lafazkan kalimah cintamu astro lakonan farid kamil dan nelydia senrose, pelakon dan gambar drama lafazkan kalimah cintamu astro, drama adaptasi novel lafazkan kalimah cintamu karya siti rosmizah
Saksikan lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Tonton drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Tarikh Lafazkan Kalimah Cintamu disiarkan: 15 Januari 2018
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 132

No comments:

Post a Comment