Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak (Astro)

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Astro

 Awak Suka Saya Tak mengisahkan seorang jejaka kacak bernama Hilman Yong (Alvin Chong) jatuh cinta pada seorang gadis manis bernama Intan Zulaikha (Emma Maembong). Selepas dikecewakan oleh bekas kekasihnya, sukar untuk Intan jatuh cinta lagi. Bukan itu sahaja, kawan lamanya juga pernah mengambil kesempatan atas dirinya. Hanya mempergunakannya untuk kepentingan diri.

Sinopsis drama Awak Suka Saya Tak ASTRO, pelakon dan gambar drama Awak Suka Saya Tak ASTRO, ost lagu tema Awak Suka Saya Tak
Tonton drama AWAK SUKA SAYA TAK saluran Astro Ria

Mujur ada abangnya, Nazim (Sabhi Saddi) yang baru balik dari luar negara selepas pengajiannya habis. Dengan Nazimlah tempat Intan mengadu, meluahkan masalahnya. Siapa sangka pertemuan Intan dengan Hilman di sebuah restoran bakal membuahkan bibit-bibit cinta. Hilman Yong lelaki tampan jatuh cinta pada gadis Melayu!

Sungguhpun berdarah kacukan, Hilman seorang yang warak. Sentiasa menimba ilmu mendalami Islam. Hilman memberanikan dirinya melamar Intan, namun jawapan yang diterima sungguh menghampakan. Lamarannya ditolak. Dek kerana sejarah percintaannya, Intan takut untuk bercinta lagi. Dia terpaksa menolak lamaran Hilman.

Namun, Hilman tidak pernah berputus asa. Dia memberikan Intan peluang. Menungu lagi sehingga Intan bersedia. Selepas 3 tahun, keikhlasan hati Hilman ingin mendekatinya berjaya membuka pintu hati Intan. Mereka kemudiannya merancang untuk berkahwin.

Kebahagiaanya yang diidaminya punah apabila Hilman terlibat dalam kemalangan. Hilman hilang ingatan! Bermulanya pancaroba yang menguji sebuah ikatan cinta. Personaliti Hilman berubah seratus peratus! Dia bukan lagi seorang yang warak seperti dahulunya. Hilman lupa pada agama. Malah identitinya juga turut bertukar. Kini dia dikenali Damien.

Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang. Berjayakah usaha Intan membantu memulihkan ingatan Damien? Saksikan segalanya dalam drama Awak Suka Saya Tak di kaca tv anda.

Pelakon Drama Awak Suka Saya Tak Astro

Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Islam sebagai Salina
Raff Yaakob sebagai Danish
Kael sebagai Azad
Aman Aziz sebagai Yasin
Fieza Jolie sebagai Lily
Amalina Smith sebagai Shasha
Mustapha Kamal sebagai Dato Megat
Susan Manen sebagai Datin Sofea
Fathil Dani sebagai Imam Kahar
Jesse Lim sebagai Robert
Angeline Tan sebagai Clarence
Joyce Harn sebagai Grace
Aryan Adani sebagai Daniel
Michelle Tan sebagai Cheris

OST Lagu Tema Drama Awak Suka Saya

Original sound track drama Awak Suka Saya
Tajuk: Jangan
Penyanyi: Aziz Harun

Gambar Drama Awak Suka Saya Tak Astro 

Sinopsis drama Awak Suka Saya Tak ASTRO, pelakon dan gambar drama Awak Suka Saya Tak ASTRO, ost lagu tema Awak Suka Saya Tak
Saksikan lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong dalam drama bersiri Astro Awak Suka Saya Tak
Artikel menarik:

Tonton drama Awak Suka Saya Tak
Tarikh Awak Suka Saya Tak disiarkan: 25 September 2017
Jumlah episod drama Awak Suka Saya Tak: 16
Awak Suka Saya Tak episod akhir – episod 16
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment