15 Pesanan Selamatkan Bumi Kita!

15 Pesanan Selamatkan Bumi Kita!

Hari Bumi Sedunia, juga dikenali Hari Lingkungan Hidup di Indonesia. Seluruh negara menggelarnya EARTH DAY. Hari Bumi diraikan seluruh negara pada 22 April setiap tahun. Mengapa kita perlu menyambut Hari Bumi? Pentingnya meraikan Hari Bumi kerana ia menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan melindungi bumi. Jangan biarkan kemusnahan berterusan, ayuh selamatkan bumi kita!!!

Hanya untuk korang je, special:

Gambar Selamatkan Bumi Kita

15 pesanan selamatkan bumi kita, gambar selamatkan bumi kita, mesej peringatan selamatkan bumi kita, kata memperingati hari bumi sedunia, hari lingkungan hidup, ucapan sempena earth day
Selamatkan Bumi Kita daripada kemusnahan akibat sifat rakus manusia

Senarai 15 Mesej Peringatan Selamatkan Bumi Kita!

Apa yang manusia perlu tahu..
Manusia tidak boleh hidup tanpa bumi,
Tetapi planet ini boleh hidup tanpa manusia!

Pencemaran alam sekitar adalah penyakit
yang TIDAK boleh diubati.
Ia hanya boleh diCEGAH!

Kita boleh menyelamatkan bumi tetapi..
Sebahagiannya terlalu rakus dan tamak!

Kita menggunakan sumber seolah-olah
Kita mempunyai dua planet, bukan satu.
Tidak ada sebarang 'pelan B'
Kerana tidak ada planet ke-2 bernama 'planet B'.

Hutan itu menghijau,
Lautan itu membiru,
Bersamalah kita menjaga keindahan bumi,
Demi saya, anda dan kita semua.

Bumi menyediakan keperluan yang
mencukupi untuk setiap manusia,
Namun..ianya tidak mencukupi
bagi manusia yang tamak!

Marilah sepakat menjaga bumi,
Untuk kelahiran generasi muda yang akan datang.

Tiada penumpang dalam pelayaran kapal BUMI,
Kita semualah anak kapal ini.

Pasti bagus..
Andai semua orang berlumba-lumba
Menjadikan dunia ini tempat terbaik!
Namun masing-masingnya sibuk mengejar duit,
Hingga melupakan keseimbangan alam.

Bumi adalah tempat di mana kita semua berkumpul,
Di mana semua mempunyai kepentingan bersama,
Ia adalah satu perkara yang kita semua
berkongsi BERSAMA.

Pemuliharaan sebenar. Tahukah anda?
Dunia ini tidak diberikan oleh nenek moyang kita,
Tetapi ia bakal dipinjam oleh anak cucu kita,
Keturunan kita!
Bersamalah menjaga keindahan alam bermula sekarang!

Setiap tindakan mempunyai kesan.
Kita mempunyai satu planet; satu peluang!
Pilihlah peluang yang memberi kesan terbaik!!
Demi planet bumi kita.

Kita semua harus memainkan peranan,
Jadi mulalah menyelamatkan bumi,
Planet kediaman kita,
Bukan ESOK,
Tetapi HARI INI!

Kitalah penduduk bumi,
Mencorak masa depan dunia,
Ingat! Jangan sampai ada kemusnahan!
Pelihara alam, lindungi bumi!
Selamat Hari Bumi!

Sebarkan 15 pesanan selamatkan bumi kita buat rakan sekeliling anda, rakan sepejabat, jiran tetangga. Terapkan dalam diri untuk mencintai alam, menjaga kebersihan, mengelak pencemaran, memanfaatkan sumber dengan sebaiknya tanpa pembaziran. Ini bumi kita, tempat tinggal kita, bersama-sama kita memikul tanggungjawab ini.

No comments:

Post a Comment