Perbezaan Charger Samsung Original Dan Palsu

Perbezaan Charger Samsung Original Dan Palsu

Kenal pasti charger handphone Samsung asli atau tiruan. Macam mana nak bezakan charger Samsung asli dan palsu? Rupanya ada juga pengecas handphone yang palsu. Kalau terbeli charger Samsung palsu dengan harga yang original, alamak mesti rasa macam ‘tipah tertipu’. Bayar mahal untuk produk tiruan, rugi. Kalau rosak, memang berhuhu la jawabnya.

Sebenarnya saya pun baru tahu menerusi perkongsian kat facebook. Cara untuk membezakan charger Samsung tiruan dengan yang asli. Lihat:

Berapa harga charger Samsung original Malaysia? Ada yang tahu? Biasa kalau kita beli smartphone Samsung, memang dah tersedia ada charger Samsung kat situ. Original la. Kalau kita beli set charger Samsung je, ha.. yang tu kena perhati betul-betul. Takut dapat charger Samsung palsu. Charger Samsung original memang fast charging. Cepat je bateri handphone penuh.

kenal pasti charger handphone samsung original atau tiruan, perbezaan charger samsung asli dan palsu, harga charger samsung original malaysia, harga charger samsung fast charging

Cara Bezakan Charger Samsung Asli Dan Tiruan

1. Huruf ‘A’ Samsung yang berdekatan dengan ‘S’ merupakan produk duplicate/ copy.
2. Lihat pada kaki charger Samsung.
3. Saiz pencucuk charger Samsung, kalau pendek yang itu original, kalau pencucuk tu panjang yang tu produk duplicate/ copy.



4. Lihat pada soket pencucuk USB charger Samsung. Design berbeza bagi pengecas Samsung asli dengan produk duplicate/ copy.
5. Lihat pada gambar logo charger. Ada perbezaan.
6. Boleh lihat perbezaan kepala charger Samsung asli dan tiruan. Travel adapter copy berbeza dari segi perkataan SAMSUNG, tertulis made in China, ada logo A+. Kredit: FB Times of Education

Berdasarkan gambar, travel adapter charger Samsung original tertulis made in Vietnam. Eh, bukan made in Korea ke? Bukan ke Korea pengeluar handphone Samsung nih. Blur pulak mak.

Charger Samsung Original Fast Charging

Memang betul la charger Samsung original memang cepat bateri penuh. Cas handphone sekejap je. Tak lama. Berbanding dengan charger biasa, yang bukan original, adoyai lambatnya nak tunggu bateri full.



Kadang-kadang bila malas tu, malas nak cas handphone dalam bilik. Pinjam charger tablet anak buah. Tapi tu la, tak fast charging. Stress je menunggu. Haha, malas punya pasal. Charger Samsung keluaran China dalam gambar tu dilabel ‘copy’, boleh erk copy produk original? Konpius mak..

Moga perkongsian perbezaan charger Samsung original dan palsu bermanfaat buat semua. Terutama yang merancang nak beli charger handphone baru. Beli yang original, baru puas hati. 

1 comment: