Harga Braces Pendakap Gigi Di Malaysia

Harga Braces Pendakap Gigi Di Malaysia

Harga braces 2017. Kat mana nak cari braces murah? Murah atau mahal harga pendakap gigi, ianya bergantung kepada jenis braces. Berapa harga pendakap gigi di klinik kerajaan? Untuk student pula, berapa bayaran harga braces untuk pelajar sekolah? Pendakap gigi plastik, ada ke? Ramai pula yang search pasal klinik UKM braces, famous kot buat pendakap gigi kat situ.

harga pendakap gigi di klinik kerajaan, harga braces untuk pelajar sekolah, pendakap gigi plastik, harga braces 2017, jenis braces, braces murah, klinik ukm braces
Pemasangan braces gigi membuatkan gigi lebih teratur dan tersusun cantik

Artikel menarik:
Harga CUCI gigi di klinik kerajaan (scaling, penskaleran, cuci karang gigi, gilap gigi)

Jenis Dan Harga Braces Klinik Swasta

Berikut merupakan jenis-jenis braces dan harga pendakap gigi di klinik swasta Malaysia.

1. Pendakap Gigi Jenis Damon
Kelebihan Damon Braces Malaysia menggunakan dawai teknologi baru yang ringan. Ia mempunyai pendakap gigi yang lebih kecil. Bibir dan Pipi adalah lebih selesa. Gigi biasanya tidak perlu dicabut kerana sistem damon mampu memperbaiki keadaan gigi yang tidak sejajar. Ia juga mampu memperbaiki keadaan gigi dengan cepat dan mudah. Malah mudah untuk penjagaan gigi untuk tujuan pembersihan.



Harga braces damon terbahagi kepada 3 kategori. Pendakap gigi damon jenis metal harga RM6,000 - RM8,000. Manakala pendakap gigi damon jenis clear ialah RM7,000 hingga RM9,000. Untuk pendakap gigi damon Q, harga adalah RM6,500 - RM8,500 bagi jenis metal. Untuk jenis damon Q clear, harga braces antara RM7,500 - RM10,000.

2. Pendakap Gigi Jenis Metal
Metal Braces Malaysia merupakan pendakap gigi jenis kekal yang tidak membenarkan sebarang penanggalan dibuat sepanjang tempoh pembetulan gigi. Bentuk braces metal berupa kepingan kecil yang di pasang pada gigi dengan dawai khas. Harga pendakap gigi metal ialah antara RM4,000 sehingga RM5,000.

3. Pendakap Gigi Jenis Ceramic
Kelebihan Ceramic Braces Malaysia ianya lebih kecil berbanding dengan jenis traditional. Jenis ini mudah terperangkap dengan kotoran dan mudah rosak. Harga pendakap gigi ceramic ialah sekitar RM6,500 hingga RM8,500.

4. Pendakap Gigi Jenis Invisalign
Kelebihan Invisalign Braces Malaysia ia merupakan braces paling cantik! Ini kerana pemasangan braces invisalign tidak menampakkan dawai braces. Namun begitu kos pemasangan pendakap gigi invisalign sangat mahal! Harga braces invisalign ialah antara RM8,000 sehingga RM25,000.


5. Pendakap Gigi Jenis Lingual
Kelebihan Lingual Braces Malaysia braces tidak nampak pada si pemakai. Ini kerana dawai braces dipasang pada belakang gigi. Jenis ini lebih berkesan untuk pembetulan penjajaran gigi tetapi akan menimbulkan ketidakselesaan pada lidah semasa peringkat awal pemasangan. Jenis ini bersesuaian dengan semua orang pada peringkat umur yang berlainan. Harga pendakap gigi lingual ialah RM20,000 hingga RM25,000. Sumber: harga dan jenis braces di klinik swasta

Harga Pendakap Gigi Di Klinik Kerajaan

Yang di atas adalah harga braces di klinik swasta. Untuk klinik kerajaan, berikut merupakan kos pemasangan pendakap gigi. Untuk aplians tetap, kos adalah RM500, bagi aplians boleh tanggal yang jenis simple harga adalah RM100. Manakala      aplians boleh tanggal yang jenis kompleks harga adalah RM200. Sumber: caj rawatan pergigian klinik kerajaan


Nak buat braces gigi? Disarankan anda untuk buat terlebih dahulu survey harga braces pendakap gigi di Malaysia. Setiap klinik lain caj pemasangan pendakap gigi. Perlu anda ketahui, harga braces gigi selalunya tidak termasuk harga permeriksaan gigi dan kos-kos lain. Buat pengiraan dahulu, harga pemasangan pendakap gigi beserta kos-kos sampingan. Selamat mencantikkan gigi anda.

8 comments:

  1. Boleh tahan juga harganya kan...

    ReplyDelete
  2. tapi nak kena tunggu 3-4 tahun hm

    ReplyDelete
  3. Haritu pergi klinik kerajaan katanya rm1000 kalau nak buat braces. Ke tu bukan harga pelajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian di atas harga braces klinik swasta. untuk harga pelajar buat braces di klinik kerajaan saya kurang pasti

      Delete
    2. Kalau bukan pelajar masih boleh buat di klinik kerajaan ke ?

      Delete
  4. Adilla,klinik kerajaan mana ye awak tanya?ingat nak buat untuk nak. . :)

    ReplyDelete
  5. suddenly I change my mind ����

    ReplyDelete
  6. Mna tmpat nye yea...sy nak buat sbb sy ada mslh pada gigi bgian atas..

    ReplyDelete