Senarai Harga Pakej SSPN-i Plus

Senarai Harga Pakej SSPN-i Plus

Berapa bayaran tabung Skim Simpanan Pelan Nasional SSPN? Berapa harga pakej SSPN-i Plus paling murah? Menerusi tabungan SSPN-i Plus, pendeposit mempunyai komitmen untuk membuat simpanan secara bulanan. Setiap pakej SSPN-i Plus berlainan harga dan mempunyai keistimewaan manfaat takaful mengikut pakej yang dipilih pelanggan. Lihat senarai 6 pakej Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i Plus di bawah. SSPN-i Plus menawarkan 6 pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Senarai harga pakej sspn-i plus, pakej intan sspn-i plus, gambar kad sspn, pakej sspn-i plus delima, topas, zamrud, nilam, pakej berlian sspn-i plus, berapa bayaran tabung skim simpanan pelan nasional sspn
Gambar kad SSPN


6 Pakej SSPN-i Plus Pilihan Pelanggan

Senarai pakej SSPN-i Plus: Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam, Berlian
PAKEJ
INTAN
DELIMA
TOPAS
ZAMRUD
NILAM
BERLIAN*
Simpanan
SSPN-i
RM20
RM40
RM90
RM180
RM270
RM200
Sumbangan Takaful
RM10
RM10
RM10
RM20
RM30
RM300
Jumlah
RM30
RM50
RM100
RM200
RM300
RM500

Artikel menarik:

Pakej Intan SSPN-i Plus adalah pakej SSPN paling rendah dan murah di mana ianya bernilai RM30 sebulan. Menerusi skim simpanan SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat bayaran tabung SSPN-i Plus secara bulanan. Ini bermaksud, setiap bulan pendeposit akan mencarum sebanyak RM30 untuk pakej Intan. Komitmen pendeposit bagi pakej Intan berjumlah RM30 sebulan terbahagi kepada simpanan SSPN-i sebanyak RM20 dan RM10 bagi sumbangan takaful.


Pakej Delima SSPN-i Plus bernilai RM50 sebulan. Menerusi skim simpanan SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat bayaran tabung SSPN-i Plus secara bulanan. Ini bermaksud, setiap bulan pendeposit akan mencarum sebanyak RM50 untuk pakej Delima. Komitmen pendeposit bagi pakej Delima berjumlah RM50 sebulan terbahagi kepada simpanan SSPN-i sebanyak RM40 dan RM10 bagi sumbangan takaful.

Pakej Topas SSPN-i Plus pula memerlukan komitmen RM100 sebulan. RM90 untuk simpanan SSPN-i dan RM10 lagi bagi sumbangan takaful. Setiap bulan, pendeposit akan mencarum sebanyak RM100 untuk pakej Topas.

Pakej Zamrud SSPN-i Plus pula memerlukan komitmen RM200 sebulan. RM180 untuk simpanan SSPN-i dan RM20 lagi bagi sumbangan takaful. Setiap bulan, pendeposit akan mencarum sebanyak RM200 untuk pakej Zamrud.


Pelanggan yang memilih pakej Nilam SSPN-i Plus, komitmen menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional secara bulanan berjumlah RM300. RM270 untuk simpanan SSPN-i dan RM30 lagi bagi sumbangan takaful. Setiap bulan, pendeposit akan mencarum sebanyak RM300 untuk pakej Nilam.

Pakej SSPN-i Plus paling mahal adalah pakej Berlian. Pakej Berlian SSPN-i Plus, komitmen menabung bulanan adalah RM500. RM200 untuk simpanan SSPN-i dan RM300 lagi bagi sumbangan takaful. Setiap bulan, pendeposit akan mencarum sebanyak RM500 untuk pakej Berlian.

Setiap pakej SSPN-i Plus mempunyai keistimewaan sendiri. Contoh macam pakej Berlian SSPN-i Plus, di mana komitmen sebanyak RM500 sebulan diperlukan. Tapi, keistimewaan yang diperolehi juga banyak. Jangan terkejut kalau dapat tahu manfaat takaful pakej Berlian SSPN-i Plus bagi kes kematian/ keilatan kekal akibat kemalangan, waris pendeposit boleh memperolehi manfaat takaful sebanyak RM1 juta.


Pilihan pakej SSPN-i Plus mengikut kemampuan pendeposit sendiri. Rujuk senarai harga pakej SSPN-i Plus di atas untuk butiran lanjut. Anda dah buat buku bank tabungan untuk anak anda? Saya sarankan pilihlah menabung dengan SSPN-i atau SSPN-i Plus. Banyak kelebihannya. Malah kalau anak nak buat pinjaman PTPTN, kena ada akaun SSPN.

No comments:

Post a Comment