Hukum Derma Organ Dari Orang Bukan Islam

Hukum Terima Dan Derma Organ Dari Orang Bukan Islam

Dalam Islam, bolehkah kita terima derma organ dari orang bukan Islam? Apakah dibolehkan bagi orang Islam untuk menderma organ apabila sudah meninggal dunia? Apa hukum pendermaan organ? Hukum menderma organ setelah meninggal dunia. Penuh tanda tanya. Jom kita baca penerangan di bawah.

hukum pendermaan organ dalam islam, menderma organ, penerima organ, pemindahan organ dan pengagihan organ kepada pesakit serasi, daftar sebagai penderma organ, menderma organ setelah meninggal dunia
Hukum menerima derma organ dan menderma organ dari agama lain

Hukum Pendermaan Organ Dalam Islam

Dari segi hukum pendermaan organ, fatwa telah pun dikeluarkan seawal tahun 1970 oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan pendermaan organ di kalangan masyarakat Islam. Ramai juga ahli-ahli agama termasuk pihak mufti yang telah memperjelaskan perkara ini dan tidak menjadi suatu halangan jika orang Islam menerima organ dan darah dari orang bukan Islam dan juga sebaliknya. Video penjelasan mufti - Derma organ kepada orang bukan Islam tonton di sini: Hukum Derma Organ


Pengagihan Organ Dan Derma Organ Kepada Pesakit Yang Memerlukan Tanpa Mengira Agama

Untuk makluman, sistem pengagihan organ (organ allocation system) dari penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima organ dijalankan berdasarkan kepada kriteria klinikal. Sebagai contoh, tempoh pesakit menjalani dialisis serta keserasian organ tersebut dengan sistem badan penerima.

Pengagihan organ tidak berdasarkan kepada bangsa, agama, latar belakang, status di dalam masyarakat dan sebagainya. Ini bermakna, memang terdapat kemungkinan organ yang didermakan oleh orang bukan muslim diberikan kepada seorang muslim dan sebaliknya. Begitu juga dengan pendermaan dan transfusi darah. Kredit: derma organ

Daftar Sebagai Penderma Organ

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai penderma organ. Begitu juga dengan kempen menderma darah. Sehingga kini, jumlah penderma organ di kalangan rakyat Malaysia menjangkau 350,000 penderma. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar sebagai penderma organ, anda boleh layari laman web di bawah: http://www.dermaorgan.gov.my


Orang Islam boleh terima pendermaan organ dari agama lain. Juga orang Islam boleh menderma organ kepada orang bukan Islam. Kini, kita dah tahu apa hukum derma organ dari orang bukan Islam. Jom derma organ dan darah tanpa mengira bangsa dan agama. 

1 comment: