Harga Pasang Gigi Palsu Di Klinik Kerajaan Malaysia

Harga Pasang Gigi Palsu Di Klinik Kerajaan Malaysia 2017

Harga gigi palsu 2017. Nak buat gigi palsu untuk mak dan ayah. Klinik mana boleh buat gigi palsu yang terbaik? Agak-agak berapa harga gigi palsu di klinik swasta? Ada 2 jenis gigi palsu yang orang selalu buat. Gigi palsu tanam dan gigi palsu depan atas. Malu weh kalau gigi depan tu rongak. Nak senyum tak berani. Takut nampak tiang gol. Haha.. Berikut merupakan harga pasang gigi palsu di Malaysia. Jom baca.

harga gigi palsu di klinik swasta, gigi palsu tanam, gigi palsu depan atas, harga gigi palsu 2017, gigi palsu yang terbaik, harga pasang gigi palsu di malaysia
Perlunya pasang gigi palsu untuk mudahkan kita mengunyah makanan
Tak ada gigi, hilanglah nikmat makan. Macam mana nak hancurkan makanan kalau gigi tak ada, jadi pentingnya buat gigi palsu supaya makanan mudah dihadam dan supaya kita dapat menikmati lazatnya hidangan.

Senarai Harga Buat Gigi Palsu Di Klinik Pergigian Kerajaan

Harga Gigi Palsu Penuh Rahang Atas
Membuat gigi palsu yang penuh (tidak termasuk harga logam), bagi rahang atas Pesakit Kelas 1 dikenakan bayaran sebanyak RM100, Pesakit Kelas 2 pula RM50, Pesakit Kelas 3 dicaj RM25 manakala caj rawatan buat gigi palsu rahang atas bagi Pesakit Luar dikenakan bayaran RM50.
                       
Harga Gigi Palsu Penuh Rahang Bawah
Membuat gigi palsu yang penuh (tidak termasuk harga logam), bagi rahang bawah Pesakit Kelas 1 dikenakan bayaran sebanyak RM100, Pesakit Kelas 2 pula RM50, Pesakit Kelas 3 dicaj RM25 manakala caj rawatan buat gigi palsu rahang bawah bagi Pesakit Luar dikenakan bayaran RM50.


Harga Gigi Palsu Separuh Rahang Atas Dan Bawah
Membuat sebahagian gigi palsu (tidak termasuk harga logam), bagi rahang atas dan bawah bawah Pesakit Kelas 1 dikenakan bayaran sebanyak RM20, Pesakit Kelas 2 pula RM10, Pesakit Kelas 3 dicaj RM5 manakala caj rawatan buat gigi palsu separuh untuk rahang atas dan bawah bagi Pesakit Luar dikenakan bayaran RM10. Yang nak buat gigi palsu separuh tu, boleh rujuk harga pasang gigi palsu di klinik kerajaan Malaysia di sini.

Harga Gigi Palsu Separuh Bagi Tambahan Setiap Batang Gigi Berikutnya
Membuat sebahagian gigi palsu (tidak termasuk harga logam), bagi rahang atas dan bawah bawah, harga adalah seperti di atas. Manakala bagi setiap batang tambahan pesakit akan dicaj RM2, merujuk kepada tambahan setiap batang gigi seterusnya. Namun bayaran tambahan batang gigi tidak melebihi jumlah berikut: Pesakit Kelas 1 RM100, Pesakit Kelas 2 RM50, Pesakit Kelas 3 RM25 manakala caj rawatan buat gigi palsu separuh bagi setiap tambahan gigi untuk Pesakit Luar tidak boleh melebihi jumlah RM25.

Harga Membaiki Gigi Palsu Tanpa Mengganti Gigi
Berapa harga repair gigi palsu yang rosak setiap plat? Harga membaiki gigi palsu setiap plat (tidak termasuk gigi), Pesakit Kelas 1 dikenakan bayaran sebanyak RM5, Pesakit Kelas 2 pula RM3, Pesakit Kelas 3 dicaj RM1 manakala caj rawatan baiki gigi palsu tanpa menggantikan gigi bagi Pesakit Luar dikenakan bayaran RM2.


Harga Membaiki Gigi Palsu Bagi Mengganti Gigi Setiap Batang
Gigi palsu rosak, apa nak buat? Berapa harga sebatang gigi bagi ganti gigi palsu yang rosak? Harga membaiki gigi palsu dengan mengganti gigi lain bagi sebatang gigi adalah seperti berikut: Pesakit Kelas 1 dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi sebatang gigi, Pesakit Kelas 2 pula RM3, Pesakit Kelas 3 dicaj RM1 manakala caj rawatan baiki gigi palsu dengan menggantikan gigi tersebut bagi Pesakit Luar dikenakan bayaran RM2 bagi 1 batang gigi.

Makluman Caj Rawatan Pergigian

Caj pergigian di klinik pergigian kerajaan dan hospital-hospital mengikut akta fee Arahan perintah fee (perubatan) 1982. Caj untuk rawatan dan perkhidmatan yang dinyata adalah bergantung kadar bayaran yang ditetapkan dalam akta fee. Walau bagaimana caj tersebut tidak dikenakan pada golongan berikut.



Penjawat awam, pesara kerajaan, ahli keluarga mereka dan orang kurang upaya. Kakitangan pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan ahli keluarga dan tanggungan mereka. Individu yang mempunyai kemudahan perubatan yang diperuntukkan dalam mana undang-undang bertulis. Ambil perhatian dokumen berkaitan (con. KP/SB/ Pasport, surat jaminan) diperlukan sebagai bukti diatas.

Moga perkongsian harga pasang gigi palsu di klinik kerajaan Malaysia bermanfaat untuk anda semua. Harga tersebut dirujuk berdasarkan website ministry of health - Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.    

No comments:

Post a Comment