Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Sistem SSPN-i Plus Online – Daftar dan buat pembukaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional secara online. Bagaimana nak buka akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus PTPTN? Berita baik buat semua sebab dah ada sistem online untuk buat akaun SSPN-i Plus. Ada internet, boleh daftar akaun SSPN-i Plus untuk anak. Mudah! Cepat! Eh, ada 1 lagi cara buka akaun SSPN-i, rujuk: Buka akaun SSPN-i Plus melalui kaunter & ejen PTPTN

cara buka akaun sspn-i plus secara online, sistem sspn-i plus online, daftar & buat pembukaan skim simpanan pendidikan nasional menerusi online, kelebihan membuka akaun sspn-i plus melalui online / internet
Buka akaun SSPN-i Plus secara online lebih jimat masa

Artikel menarik:

Kelebihan Membuka Akaun SSPN-i Plus Melalui Online / Internet

Sistem SSPN-i Plus Online adalah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuka akaun dan membuat penambahan deposit SSPN-i Plus tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan PTPTN mahupun pergi ke bank-bank yang menjadi ejen SSPN-i PTPTN. Ianya sangat menjimatkan masa. Urusan pembukaan akaun SSPN-i Plus lebih senang, sebab pengguna boleh daftar bila-bila sahaja. Di rumah, di pejabat, di mana jua! Janji ada internet! Jom lihat cara buka akaun SSPN-i Plus menerusi online.

Panduan Buka Akaun SSPN-i Plus Guna Online

1. Buka sistem SSPN-i Plus online dan daftar untuk buat akaun SSPN-i anda atau anak anda, dengan klik sini: Daftar SSPN-i / SSPN-i Plus

2. Isi Maklumat Akaun selengkapnya. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Seterusnya” untuk langkah selanjutnya.

3. Maklumat pakej - Sila pilih pakej yang ingin didaftarkan. Lihat menu “Produk” untuk mengetahui maklumat setiap pakej. Setiap pakej mempunyai amaun simpanan dan takaful yang berbeza. Klik “Seterusnya” untuk langkah selanjutnya.

4. Maklumat Peribadi - Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Seterusnya” untuk langkah berikutnya.

5. Bayaran. Semua maklumat yang telah diisi pada langkah sebelum akan dipaparkan untuk disemak buat kali terakhir dan boleh dibuat pindaan (jika berkaitan). Sila masukkan mod bayaran untuk pembayaran kali pertama. Sistem akan memaparkan jumlah amaun yang perlu dibayar. Sila baca butiran akad dan tandakan [√] pada kotak “Saya [Nama Pengguna] Bersetuju dan Faham”. Tandakan [√] pada ruangan “Saya [Nama Pengguna] Mengakui Bahawa Keterangan Diatas adalah Benar”.

Selepas pengguna menanda [√] pada ruangan “Saya [Nama Pengguna] Mengakui Bahawa Keterangan Diatas adalah Benar”, butang “Bayaran” akan dipaparkan. Klik “Bayaran” untuk membuat bayaran.

Sistem akan memaparkan gerbang pembayar. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/ debit atau perbankan internet. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Proceed” untuk langkah seterusnya.

Apabila pembayaran telah selesai, sistem akan memaparkan maklumat pendeposit dan status transaksi (berjaya/ gagal). Sekiranya transaksi bayaran berjaya, resit dan e-Cover Note (Ringkasan Perlindungan Takaful) boleh dicetak.

Pengguna boleh membuat semula transaksi dengan klik butang “Menu Utama” atau tutup pelayar internet jika telah selesai melakukan transaksi. Pengguna boleh membuat bayaran semula jika transaksi pembayaran gagal (klik butang “Bayar Semula”).


Hanya perlu lalui 4 langkah bagi proses daftar dan membuat akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Kalau berhajat nak buat akaun SSPN-i untuk anak, rujuk sini k: cara buka akaun SSPN-i Plus secara online. Mudah! Mudah!! Sistem SSPN-i Plus Online sangat bermanfaat.

No comments:

Post a Comment