13 Kelebihan Simpan Duit Dengan SSPN-i Plus PTPTN

13 Kelebihan Simpan Duit Dengan SSPN-i Plus PTPTN

Kelebihan Skim Simpanan Pendidikan Nasional - Anda sudah buka akaun SSPN-i Plus untuk anak? Tahniah. Menabung dengan SSPN-i Plus PTPTN banyak manfaatnya. Paling best, sebab ada cabutan bertuah SSPN-i Plus. Hadiahnya lumayan! Untung siapa yang menang. Pada masa yang sama, memiliki akaun SSPN-i Plus memupuk amalan menabung di kalangan pendeposit. Nak tahu senarai kebaikan simpan duit di SSPN-i Plus? Jom lihat apa kelebihan buka akaun SSPN-i Plus PTPTN.

13 kelebihan simpan duit dengan sspn-i plus ptptn, manfaat buka akaun sspn-i plus untuk anak, kelebihan skim simpanan pendidikan nasional, kebaikan bila anak ada akaun sspn-i plus
Kelebihan menyimpan wang dan menabung SSPN-i Plus

Untuk makluman, bermula 1 Januari 2012, mereka yang ingin memohon pembiayaan pendidikan diwajibkan mempunyai akaun SSPN-i. Ini bermaksud PTPTN mewajibkan pemohon pinjaman pendidikan supaya membuka akaun SSPN-i. Bagus jugak buat macam tu. Dengan adanya Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus, pendeposit boleh menggunakan wang tersebut untuk membiayai pendidikan anak mereka pada masa depan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional, baca: Apa itu SSPN-i Plus??

Manfaat Buka Akaun SSPN-i Plus Untuk Anak

Mengapa ibu bapa perlu buat akaun SSPN-i / SSPN-i Plus untuk anak? Selepas mengetahui banyaknya kelebihan yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus PTPTN, saya sendiri pun sangat-sangat setuju dan menyarankan golongan mak dan ayah buka satu akaun SSPN-i / SSPN-i Plus untuk anak mereka. Mari kita lihat keistimewaan bila daftar tabung SSPN-i / SSPN-i Plus buat anak kita.

13 Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus PTPTN

Senarai kebaikan bila anak ada akaun SSPN-i Plus:
1. Patuh syariah
Pelan simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah patuh syariah. Alhamdulillah. So ibu bapa tak perlu risau status halal haram bila buka akaun SSPN-i untuk anak. SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000 setahun
Pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus yang mempunyai simpanan bersih sehingga RM12 ribu setahun tidak dikenakan taksiran cukai pendapatan.

3. Komitmen serendah RM50 sebulan
Kalau lihat pakej simpanan SSPN-i Plus, paling rendah pendeposit boleh pilih komitmen bayaran bulanan sebanyak RM50. SSPN-i Plus menawarkan 5 pakej simpanan serendah RM50 sebulan dan maksimum RM500 sebulan bergantung kepada kemampuan pendeposit melalui pakej-pakej Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan Berlian (RM500).

4. Manfaat bagi kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM 1 juta
Menerusi pakej berlian SSPN-i Plus, waris pendeposit boleh mendapat manfaat takaful berjumlah RM1 juta sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dan RM500,000 akibat kematian biasa (sebab penyakit).
   
Bagi pakej delima pula dengan komitmen RM50 sebulan, ia merangkumi simpanan SSPN-i berjumlah RM40 dan sumbangan takaful RM10. Pendeposit akan mendapat manfaat takaful paling rendah iaitu RM40,000 bagi kes kematian atau ilat kekal kerana kemalangan, perlindungan kepada 36 jenis penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital dan khairat kematian.

SSPN-i Plus adalah nilai tamb ah kepada SSPN-i iaitu perlindungan takaful yang lebih komprehensif. Dengan adanya takaful ini, ia menonjolkan kelebihan SSPN-i Plus.

5. Tiada pemeriksaan kesihatan
Pendeposit SSPN-i Plus tidak perlu melalui saringan kesihatan untuk melayakkan mereka menerima manfaat takaful yang disediakan dalam pakej-pakej yang ditawarkan. Cuma untuk pakej Berlian, pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan.
   
Menerusi pakej SSPN-i Plus, pendeposit tidak perlu saringan dan bagi penyakit sedia ada, pendeposit perlu tunggu 12 bulan untuk mendapat manfaatnya. Jika sesuatu terjadi kepada pendeposit SSPN-i Plus, ia boleh dituntut oleh waris dengan mengisi borang yang disediakan dengan disertakan dokumen-dokumen saperti sijil mati dan permit perkuburan kepada PTPTN, yang akan dihantar ke syarikat takaful. SSPN-i Plus menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding SSPN-i.
   
6. Pendeposit dikecualikan daripada cukai pendapatan
Pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus tidak dikenakan cukai pendapatan.

7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
Kesemua pakej simpanan SSPN-i Plus ada khairat kematian yang melindungi pendeposit, pasangannya dan anak-anak dengan maksimum tiga orang.  
 
8. Anak yang dah ada akaun SSPN-i layak memohon pembiayaan pendidikan
Seperti dinyatakan di atas, pelajar IPTA atau IPTS layak memohon pembiayaan pendidikan bila mana mereka mempunyai akaun SSPN-i. Bila dah memenuhi syarat tersebut, mudah bagi pihak PTPTN meluluskan permohonan pinjaman PTPTN. Hal ini kerana pihak PTPTN mewajibkan pemohon pinjaman pendidikan supaya membuka akaun SSPN-i. Itulah kelebihan bila kita buka akaun SSPN-i untuk anak.

9. Simpanan wang dalam akaun SSPN-i Plus dijamin oleh kerajaan
Manfaat simpan duit di SSPN-i dan SSPN-i Plus PTPTN mendapat jaminan kerajaan.

    10. Anak usia 1 hari boleh buka akaun SSPN-i Plus
Berita gembira buat bakal ibu bapa, selepas lahirnya anak mereka, mereka boleh buat terus akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus. Sebab syarat nak buka akaun SSPN-i Plus ni, umur anak baru berusia 1 hari dah boleh buka akaun. Tak seperti skim pelaburan ASB, anak umur 3 bulan baru boleh buat akaun ASB. Itulah keistimewaan SSPN-i Plus PTPTN.

11. Terima dividen SSPN-i / SSPN-i Plus tahunan
Yang ni la di tunggu-tunggu! Skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus ada pemberian dividen setiap tahun. Tahun 2013 dan 2014, agihan dividen SSPN-i PTPTN adalah sebanyak 4.25 peratus. Manakala tahun 2016, dividen SSPN-i rujuk: PTPTN umum dividen SSPN-i & SSPN-i Plus 2016 sebanyak 4 peratus

12. SSPN-i Plus mudahkan pendeposit menabung
Memandangkan sistem akaun SSPN-i Plus perlu bayar secara bulanan, pendeposit boleh guna cara sama ada menerusi potongan gaji, kaunter PTPTN atau bank-bank terpilih yang menjadi agen PTPTN seperti Maybank, RHB Bank, Agrobank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat. Menerusi potongan gaji, ia memudahkan pendeposit SSPN-i Plus tanpa perlu bayar secara manual. Info terbaru!!! Kaunter PTPTN tak terima bayaran tunai mulai 1 Mac 2017   



13. Ada hadiah cabutan bertuah SSPN-i / SSPN-i Plus PTPTN
Sambil menabung, boleh berpeluang untuk menang hadiah menarik yang ditawarkan pelan simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus PTPTN. Untung la siapa yang menang! Hadiah berupa apartment bernilai RM500,000, kereta BMW 320i, Honda HR-V, Proton Iriz, motorsikal dan telefon bimbit, yang keseluruhan berjumlah RM3 juta untuk cabutan tahunan dan suku tahun. Wow! Gempak beb! Banyak kelebihan SSPN-i dan SSPN-i Plus ni.
   
Menyimpan untuk masa hadapan. Itulah 13 kelebihan simpan duit dengan SSPN-i Plus PTPTN. Jika anda mempunyai anak, apa kata bukakan 1 akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus untuk anak. Mana tahu dapat hadiah best tu. Cabutan bertuah. Hmm harap-harap kita semua bertuah.

No comments:

Post a Comment