Pantun Tahun Baru & Pantun Happy New Year

14 Rangkap Pantun Selamat Tahun Baru 2017 & Pantun Happy New Year

Tahun baru bakal menjelang. Apa kata, sambil menunggu kehadiran tahun baru, jom kita berpantun! Jom karang pantun tahun baru! Boleh tuju pantun happy new year ni buat rakan sekolah anda, rakan housemate dan sesiapa sahaja.


Pantun Selamat Tahun Baru 2017

Skor A belajar berkumpulan,
Study smart sambil makan pai,
Kuucapkan selamat tahun baru buat rakan taulan,
Moga apa yang kita impikan tercapai.

Pantun Lucu Tahun Baru 2017

Pelajar terpintar di dalam kelas,
Berbadan sado bertubuh sasa,
Selamat tahun baru 2017,
Semoga berjaya dan sukses sentiasa.

Rajin berkebun gagah perkasa,
Orangnya teliti dan sangat cermat,
Selamat tahun baru buat mak abah di desa,
Moga diberi kesihatan baik dilimpahkan rahmat.

Canggih dan hebat kereta Subaru,
Tekan butang cahaya terpancar,
Tahun baru azam pun baru,
Kuharapkan apa dirancangkan berjalan lancar.

pantun tahun baru & pantun happy new year, pantun selamat tahun baru 2017, pantun lucu tahun baru, pantun happy new year 2017, pantun jiwang selamat tahun baru buat kekasih
Pantun tahun baru dan pantun happy new year

Jualan murah semua meluru,
Bersesak-sesak di kedai nyonya,
Teruja bila menjelangnya tahun baru,
Moga dimurahkan rezeki mendapat berkah dariNya.

Tempat gatal sedap digaru,
Menggaru sambil menatap si tampan,
Selamat datang tahun baru,
Membawa sinar kegembiraan dan harapan.

Layan drama sedih di depan asap,
Menangis meraung bertambah haru,
Tangan busy reply sms dan whatsapp,
Count down menanti detik tahun baru.

Sangat sakit kena bisa sengat,
Akibat kecuaian dan kealpaan,
Kejar azam penuh semangat,
Kudoakan tercapai beroleh kejayaan.

Pantun Happy New Year 2017

Seronoknya menyanyi sambil menari,
Yang kecil besar dewasa dan tua,
Debaran menunggu 1 Januari,
Happy new year untuk anda semua.

Masa berharga seperti emas,
Jangan dipersiakan nanti rugi,
Happy new year muncul selepas krismas,
Yang seronoknya eh cuti lagi.

Saya peminat si Ayda Jebat,
Terpukau lakonannya yang banyak aksi,
Ucapan happy new year buat rakat sepejabat,
Sama-sama kita menjadi pekerja berdedikasi.

Hujung minggu pergi berburu,
Menyeberang sungai menaiki sampan,
Meriahnya bunga api di malam tahun baru,
Happy new year merasmi lembaran kehidupan.

Cekap berhujah bersuara lantang,
Itulah tugas seorang lawyer,
Ayam, nugget, fishball dan kentang,
BBQ popular di malam happy new year.

Pantun Jiwang Selamat Tahun Baru Buat Kekasih

Baiknya awak singgah di McDonald's drive-through,
Belikan saya burger peppermint,
Duhai sayangku selamat menyambut tahun baru,
Moga dipercepatkan jodoh kita ke jinjang pelamin.

Dah baca 14 rangkap pantun tahun baru dan pantun happy new year? Sebarkan pantun tahun baru ke inbox email member kita, send ke whatsapp, share di Facebook, Twitter dan Instagram. 

No comments:

Post a Comment