Konsert Gegar Vaganza 3 2016 Akhir

Tonton Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu Akhir

Akhirnya Konsert Final Gegar Vaganza 2016 telah tiba! Siapkah bakal bergelar juara Gegar Vaganza musim ke-3? Adakah juara GV2016 milik Azharina? Yang mana telah menang 2 kali anugerah mingguan. Ataupun juara GV3 milik Intan Sarafina? Ataupun Gmie, Ameng, Siti Sarah, Zarul Umbrella juara Gegar Vaganza 2016? Kena tonton konsert final GV2016 di kaca tv.

MENARIK!!!

SENARAI LAGU KONSERT FINAL GEGAR VAGANZA 3 2016 AKHIR

1. Siti Sarah - I Will Always Love You dan Matahariku
2. Zarul Husin - Gerhana dan Dendangan Laguku
3. Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4. Ameng - Bougenvilla dan Romantis
5. Intan Sarafina - Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6. Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir

Untung Ameng dapat lagu sendiri, tapi kan… Kalau teringat kembali apa yang Dato’ Ramli MS cakap, kalau nyanyi lagu sendiri tak dapat markah penuh. Haaa cemana tuuu? Lagu Bougenvilla dan Romantis mudah bagi Ameng hafal lirik dan melodi, tapi macam mana pulak pemberian markah dari juri? Kesian Ameng..

Ramalan aku..Azharina bakal jadi juara Gegar Vaganza 2016. Sebab setiap minggu dia perform terbaik. Dapat pujian dari juri. Pernah menang 2 kali anugerah. Takpun Intan Sarafina, sebab dia antara peserta yang makin menyerlah setiap minggu, prestasinya meningkat. Argh…aku pulak yang berdebar!

Gambar Finalis Konsert Gegar Vaganza 3 2016 Akhir

tonton konsert gegar vaganza 3 2016 akhir, finalis konsert akhir gegar vaganza 3 2016, pemenang gegar vaganza 3, juara gegar vaganza 2016
Senarai 6 finalis Gegar Vaganza 2016: Ameng, Azharina, Gmie, Zarul, Siti Sarah dan Intan Sarafina 

Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016 menyaksikan Nora tersingkir di minggu lalu. Penyingkiran yang penuh kontroversi. Tapi minggu lepas memang nampak persembahan Nora pun antara yang ok. Mungkin bukan rezeki. Malam ni malam penentuan juara Gegar Vaganza 3, nak tahu siapa menang..sama-sama kita tengok Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 saluran Astro Ria.

No comments:

Post a Comment