Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends (Astro)

Tonton Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends Siaran Astro

Buat peminat Dato’ Siti Nurhaliza termasuk aku sendiri, hari Ahad ni peluang untuk menyaksikan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza bersama kawan-kawan menerusi channel 104 Astro Ria. Konsert ini telah berlangsung di Stadium Negara bertempat di Kuala Lumpur. Best tengok Dato’ Siti nyanyi. Suara merdu! Eh, kawan-kawan dia pun hebat! Siapa rakan Dato’ Siti yang turut serta dalam konsert tu?

tonton konsert dato’ siti nurhaliza & friends siaran astro, siti nurhaliza & friends concert, senarai artis dan lagu konsert dato’ siti nurhaliza & friends
Rakan artis buat persembahan: Siti Nurhaliza & Friends Concert

Senarai Artis Nyanyi Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends

Saksikan kemeriahan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends pada 11 Disember 2016 jam 9.00 malam saluran 104 dan 123. Turut menampilkan Anggun, Afgan Reza, Cakra Khan, Hafiz Suip, Faizal tahir, Jaclyn Victor, Joe Flizzow dan Sona One. Wah artis dari Indonesia pun ada sekali dalam konsert Siti. Best! 

Siti Nurhaliza & Friends Concert

Lagu yang dinyanyikan Dato’ Siti dalam Siti Nurhaliza & Friends Concert adalah lagunya sendiri, juga ada lagu duet bersama artis jemputan. Beliau juga mempersembahkan "duet digital" buat kali pertama dengan Whitney Houston untuk lagu "Memories". Dianggarkan sebanyak 7000 penonton datang untuk menyaksikan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends. Tahniah!

Senarai Lagu Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends

Aku Cinta Padamu, Percayalah, Jaga Dia Untukku, dan Terbaik Bagimu. Lagu medley bersama Joe Flizzow dan Sona One pula lagu Ku Mahu, Ku Milikmu, dan Destinasi Cinta. Lagu duet Siti dengan Anggun antaranya Snow on the Sahara, Bukan Cinta Biasa dan Cindai.

Lagu duet dengan Hafiz Suip adalah Muara Hati, kemudian duet dengan Cakra Khan untuk lagu Seluruh Cinta. Dato’ Siti teruskan membuat persembahan dengan lagu Menatap Dalam Mimpi dan medley Seindah Biasa dan Kau Sangat Bererti.

Kemudiannya, Dato’ Siti duet bersama Faizal Tahir menerusi lagu Bagaikan Sakti dan duet lagi dengan Afgansyah Reza bagi persembahan Biarlah Rahsia. Siti juga menyanyikan lagu Lebih Indah kemudian diiringi oleh semua artis tetamu beliau termasuk Jaclyn Victor ke pentas untuk persembahan Kau Ilhamku. Penghujung Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, video muzik untuk "Memories" juga dirakamkan untuk keluaran kemudian.

Gambar Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends 

tonton konsert dato’ siti nurhaliza & friends siaran astro, siti nurhaliza & friends concert, senarai artis dan lagu konsert dato’ siti nurhaliza & friends
Tonton Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di kaca tv anda


Saksikan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends (Astro)
Tarikh Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends disiarkan: 11 Disember 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment