Dividen ASB 2016 Rendah: Rugi Atau Masih Untung?

Dividen ASB 2016 Rendah: Pelabur ASB Rugi Atau Masih Untung?

Dividen ASB 2016 rendah, rugi, tak banyak untung. Itulah permasalahan yang melanda pelabur ASB. Pengumuman dividen ASB 2016 sebanyak 6.75 sen seunit mencatatkan dividen ASB paling terendah dalam sejarah. Dek kerana itu, ramai yang megambil keputusan ingin terminate ASB. Berkira-kira adakah perlu teruskan melabur dalam ASB, adakah berbaloi melabur ASB dengan dividen rendah. Adakah pemberian dividen ASB 2017 juga bakal rendah. Apa kata pihak ASNB?

Walaupun Dividen ASB 2016 Rendah, Pelabur ASB Tetap Untung!

Kesilapan yang sering dilakukan pelabur ASB: Alamak, makin turun dividen ASB. Rugilah melabur dengan ASB macam ni! Sebenarnya apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan menanggung kerugian kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Sebenarnya dalam pelaburan, pelabur hanya akan rugi sekiranya mereka kehilangan modal pelaburan. Justeru berbanding pelabur yang melabur dalam instrumen pelaburan yang mana mereka berdepan risiko kehilangan modal seperti pasaran saham, emas, unit amanah harga berubah dan Forex, pelabur ASB boleh tidur lena kerana modal pelaburan mereka kekal sampai bila-bila.

dividen asb 2016 rendah, pelabur asb rugi / untung, dividen asb 2016 sikit, apa perlu buat bila dividen asb turun, dividen asb 2017
Dividen ASB 2016 rendah: rugi atau masih untung?
Katakan pelabur melabur RM1,000 dalam ASB, wang berkenaan akan kekal dalam akaun ASB sehinggalah mereka mengeluarkannya. Setiap tahun, apabila agihan pendapatan (dividen) diumumkan, pelabur sebenarnya memperoleh keuntungan hasil pelaburan berkenaan. Apa yang pasti, mereka tidak perlu bekerja keras untuk memperolehnya (pasif income) kerana risiko pelaburan yang rendah.

Oleh itu, selagi agihan pendapatan yang diberikan ASB adalah lebih baik berbanding kadar inflasi negara, ASB dapat membantu pelabur melindungi nilai wang mereka daripada mengecil akibat inflasi. Pada masa yang sama mereka dapat membina tabungan yang kukuh.

Secara asasnya, apabila melabur, pelabur perlu mencari pelaburan yang memberi pulangan yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung. Jangan terlalu mengejar keuntungan sehingga terjebak dalam skim cepat kaya atau instrumen pelaburan lain yang tidak difahami sehingga akhirnya anda mungkin menanggung kerugian. Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Apa Pelabur Perlu Buat Bila Berdepan Dividen ASB Rendah?

Pelabur kena fikir balik apa tujuan sebenar mereka melabur dalam ASB. Juga kena kaji balik tentang ansuran bulanan. Kadar keuntungan bank berapa. Tempoh pembiayaan berapa. Jika buat ASB Financing / ASB Loan tempoh pendek. Terminate selepas tempoh 2-3 tahun. Buat balik.

Ambil tenure yang paling panjang. 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan pelabur rendah. Ambil yang tiada lock in period. Jadi pelabur tak perlu tunggu 2-5 tahun untuk terminate jika tak mampu bayar. Tak perlu ambil takaful jika target nak buat ASB Financing 2-3 tahun saja.
Buat ASB Financing cari pakej kadar keuntungan bank rendah. Pakej Family Link misalnya.

Melabur dalam ASB kena belajar sendiri, jangan dengar cakap orang. Umpamanya umur bawah 35 tahun tak perlu buat ASB Financing sampai 25 atau 30 tahun, main terminate sahaja setiap 3-5 tahun. Dah masuk 35 tahun baru buat untuk jangka panjang kegunaan masa pencen.

Ingatlah, pelabur sejati tak mengelabah macam kau tu. Dividen ASB turun terus menggelupur nak terminate bagai. Pesen takde hala tuju. Kau tu nak melabur untung saja. Melabur dalam ilmu tak nak. Kah! Perkongsian yang penuh bermanfaat dari Amir Syahir.

Makluman bersama:
Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis akaun ASB: 1. ASB 2. ASB 2

Berbalik kepada persoalan di atas, dividen ASB 2016 rendah: rugi atau masih untung? Memandangkan pelaburan ASB ni berisiko rendah, memberi pulangan setiap tahun dengan cara pendapatan pasif, boleh la dikatakan pelaburan ASB masih menguntungkan. Hasil keuntungan dividen ASB akan masuk ke dalam akaun pelabur. Walaupun sedikit. Harap-harapnya dividen ASB 2017 akan naik tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment