Tempat Buat Ujian Darah & Air Kencing Untuk Kesan Virus Zika

Di mana nak buat ujian darah dan air kencing untuk mengesan virus zika? Kat hospital mana ada sediakan perkhidmatan kesan virus zika? Rupanya tak semua hospital ada alat mengesan zika. Hanya kat hospital tertentu je ada perkhidmatan buat ujian virus zika sama ada kita kena jangkitan zika ataupun tak. Apa perlu anda buat jika mengalami tanda-tanda jangkitan zika? Segera dapatkan rawatan. Berikut merupakan senarai Hospital KKM, Makmal KA & Swasta menyediakan perkhidmatan ujian darah dan air kencing untuk mengesan virus zika.

Senarai Hospital Buat Ujian Darah Dan Air Kencing Untuk Mengesan Zika
Tempat di mana anda boleh rujuk untuk buat ujian pengesanan zika, senarai hospital buat ujian darah dan air kencing untuk mengesan zika, ujian pengesanan zika, alat untuk buat ujian jika dijangkiti zika, apa perlu anda buat jika mengalami tanda-tanda jangkitan zika
Tempat di mana anda boleh rujuk untuk buat ujian pengesanan zika


Di Sarawak, ujian mengesan virus zika boleh dilakukan di Hospital Umum Sarawak. Di Sabah, ujian air kencing dan ujian darah untuk kesan jangkitan zika adalah di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu. Di Selangor, tempat untuk buat ujian mengesan virus zika adalah di Hospital Sungai Buloh dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.

Di Terengganu pula, tempat untuk buat ujian mengesan virus zika adalah di Hospital Sultanah Nurzahirah Terengganu. Di Perak, ujian mengesan virus zika boleh dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Perak dan Makmal Kesihatan Awam Ipoh. Di Melaka, tempat untuk buat ujian mengesan virus zika adalah di Hospital Melaka.

Bila anda mendapati terdapat tanda-tanda jangkitan zika, segera rujuk hospital yang menyediakan tempat melakukan ujian mengesan zika. Ujian air kencing dan darah akan dilakukan sama ada anda positif atau negatif dijangkiti zika. Rujuk senarai tempat buat ujian mengesan zika seperti di atas.

Gejala Jangkitan Virus Zika
senarai hospital buat ujian darah dan air kencing untuk mengesan zika, ujian pengesanan zika, alat untuk buat ujian jika dijangkiti zika, apa perlu anda buat jika mengalami tanda-tanda jangkitan zika
Ketahui gejala zika dan dapatkan pemeriksaan segera di fasiliti kesihatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda jangkitan zika
  
Moga perkongsian tempat buat ujian darah dan air kencing untuk mengesan virus zika bermanfaat buat anda, khasnya mereka yang menunjukkan simptom/ gejala zika. Dapatkan rawatan lebih awal.

WASPADA virus zika:

No comments:

Post a Comment