Sinopsis Novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff

Sinopsis Novel Abang Bomba I Love Youkarya Mia Kiff | Abang Bomba I Love You mengisahkan hubungan istimewa antara Rayqal dan Lily yang membuatkan Mawar mencemburui dan ingin merampas kebahagiaan Lily. Semuanya akibat dengki dan iri hati dari kakak kandungnya sendiri, Mawar. Mawar nekad ingin merampas Rayqal dengan cara apa sekalipun. Sekalipun sanggup melukai hati adiknya sendiri.

“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”— Lily

“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.

Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”— Rayqal

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superhero dalam hidupnya.

Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu?

Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Abang Bomba I Love You di bookstore berdekatan.

Drama lakonan Hisyam Hamid, Amira Othman dan Nadya Syahera
Drama Abang Bomba I Love You bersiaran 16 episod

Gambar Novel Abang Bomba I Love You
Sinopsis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, review, ulasan novel Abang Bomba I Love You, Abang Bomba I Love You drama adaptasi novel, gambar novel Abang Bomba I Love You, penulis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Abang Bomba I Love You
Penulis novel Abang Bomba I Love You: Mia Kiff
 Harga novel Abang Bomba I Love You: Semenanjung Malaysia RM27, Sabah/Sarawak: RM30

Sinopsis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, review, ulasan novel Abang Bomba I Love You, Abang Bomba I Love You drama adaptasi novel, gambar novel Abang Bomba I Love You, penulis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Abang Bomba I Love You
Review novel Abang Bomba I Love You
 Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Abang Bomba I Love You juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.

Gambar Drama Abang Bomba I Love You Astro
Sinopsis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, review, ulasan novel Abang Bomba I Love You, Abang Bomba I Love You drama adaptasi novel, gambar novel Abang Bomba I Love You, penulis novel Abang Bomba I Love You - Mia Kiff, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Abang Bomba I Love You
Drama Abang Bomba I Love You adaptasi novel karya Mia Kiff
  
Novel Abang Bomba I Love You merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2016. Jom dapatkan novel Abang Bomba I Love You di pasaran!

No comments:

Post a Comment