Masalah Haid Berpanjangan & Darah Keluar Berketul

Masalah haid terlalu banyak dan darah berketul sering melanda wanita. Orang perempuan datang bulan. Kenapa darah haid keluar berketul-ketul? Darah haid menggumpal membuatkan kita rasa risau. Sudah la mengalami period lama dan banyak, darah period berketul pula. Malah ada yang dilanda haid berpanjangan tapi sedikit, bagaimana cara hentikan haid berpanjangan? Kenapa period lama?

Perubahan juga berlaku pada warna darah haid. Biasa darah haid yang sering kita lihat warna merah. Bagaimana pula kalau darah haid warna coklat dan hitam? Darah haid warna hitam adakah menunjukkan kesihatan kita bermasalah? Penuh pertanyaan dan ingin tahu.

haid berpanjangan tapi sedikit, cara hentikan haid berpanjangan, menoragia, darah haid menggumpal, kenapa darah haid keluar berketul ketul, period lama dan banyak, kenapa period lama, darah period berketul, darah haid warna hitam, warna darah haid
Masalah haid berpanjangan dan darah keluar berketul
Haid keluar dengan banyak dikenali sebagai menoragia. Darah period yang keluar dengan banyak pasti membuatkan kita keletihan, sebab perlu berulang alik ke tandas dengan kerap. Pernah terjadi pada kawan aku sendiri di mana dia perlu memakai dua tampon sekaligus bagi mengelakkan darah haid bocor ke kain. Bayangkan korang 2 modes tu dilekat bersama, mesti tak selesa. Dah la tebal.

Yang buat aku musykil, macam mana pad tu boleh tembus ke pad lagi satu. Kan..macam tak logik pulak. Tapi tu la yang kawan aku pernah buat masa sekolah menegah dulu. Gara-gara haidnya yang terlampau banyak. Kes haid bocor memang biasa kat sekolah. Dah la pakai baju sekolah kaler putih. Nampak tompok merah sikit, kantoi la. Orang tahu kita tengah period.

Masalah haid yang berpanjangan mendatangkan kebimbangan bila mana perempuan yang beragama Islam tidak dapat solat dengan sempurna. Biarpun dibolehkan bersolat selepas tempoh 15 hari didatangi haid, namun keadaan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada dirinya.

Darah haid menggumpal pasti buat kita risau. Apa punca darah haid keluar berketul-ketul? Macam seram je tengok. Rasa macam isi je keluar. Haha. Kalau ketul kecil, tak jugak, kengkadang darah period berketul besar nampak macam menggelikan.

Sesiapa di luar sana mengalami masalah pendarahan haid atau menoragia yang banyak, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan imbasan ultrabunyi untuk mengimbas sistem reproduksi wanita sama ada mengalami masalah atau tidak. Tujuannya adalah untuk meneliti persekitaran rahim bagi mengenal pasti masalah fibroid, mengukur ketebalan dinding rahim dan kemungkinan wujudnya sista dalam ovari.

Pendarahan haid banyak berlaku kepada wanita yang berumur melebihi 40-an kerana gangguan kitaran pengovulan pada ovari. Apabila terlalu tebal, dinding rahim akan luruh dengan banyak dan mengakibatkan pendarahan yang banyak. Selain itu, wanita yang mengalami masalah fibroid juga boleh mengganggu pendarahan haid jika saiznya sudah terlalu besar atau kedudukannya dalam rongga rahim yang besar.

Disarankan juga wanita yang dah melahirkan anak, selepas bersalin, untuk buat pemeriksaan pap smear. Pemeriksaan pap smear juga penting untuk memeriksa kesihatan rahim kita. Sebaiknya pemeriksaan pap smear dilakukan setiap 3 tahun.

Anda ada masalah haid berpanjangan? Darah keluar berketul-ketul? Apa kata jumpa doktor untuk mencari punca permasalahan anda. Jadi wanita ni menyeronokkan, ada cuti solat. Cuti khas untuk wanita sahaja. Tapi bila cuti tu didatangi dengan kes di mana period datang bagi tempoh yang lama, kemudian darah period pula berketul, darah period menggumpal, meresahkan hati. Kan kan..

No comments:

Post a Comment