Konsert Akademi Fantasia AF 2016 Minggu 4

Konsert Akademi Fantasia AF 2016 Minggu 4 | Konsert Akademi Fantasia AF 2016 minggu keempat berlangsung pada 11 September 2016. Mempersembahkan nyanyian 12 orang peserta AF2016. Eh apsal 12 orang, bukan 11 ke? Actually ada penambahan peserta af, AF SERAP MASUK. Nak tahu siapa? Baca kat bawah.

Pada konsert minggu ke-3, tiada penyingkiran dilakukan. Selamat la u olls. Penghujung Konsert Akademi Fantasia 2016 minggu 3 diumumkan.. Amy selaku juara JoHaRockstar diserap masuk ke program realiti Astro Akademi Fantasia AF 2016. Tahniah diucapkan! Dalam AF, Amy dikenali sebagai EMY AF 2016. Info lanjut pasal AMY AF2016 - Baca: AMY JUARA JOHAROCKSTAR JADI PELAJAR AF 2016. Nak berkenalan dengan Amy, lihat: BIODATA EMY AF 2016. Jom tengok senarai lagu peserta AF 2016 minggu ini pula:

Lagu Peserta Akademi Fantasia Di Konsert AF 2016 Minggu 4
Amal – Hang Pi Mana (Khalifah)
 Amir – Umi (Dato’ Shake)
 Ikram – Kekal Bahagia (Ippo Hafiz)
 Zarol – Barakallah (Maher Zain)
Afi – Akustatik (OAG)
 Ara – Bimbang (Goodbye Felicia & Stephanie Poetri)
 Rahila – Sempurna
 Riana – Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)
 Jasper – Pantas 
 Asha – Syurga (Datin Alyah)
 Reshma – Langit Cinta (Dayang)
Emy – Dekat Tapi Jauh (Fourteen)

KOMEN PERSEMBAHAN PESERTA AF 2016 KONSERT MINGGU 4
Nyanyian Reshma memukau menusuk jiwa, sampai ke hati penonton. Sampaikan Mas Idayu pun memeleh air mata beb. Reshma sentiasa bagi persembahan terbaik setiap minggu, namun minggu 4 ni memang wow! Aku sangat-sangat suka vokal serak basah dia.

Amal..dulu aku tak minat dia pun, pasal suaranya agak kedengaran lucu. Tapi bila dah masuk minggu ke 4, wah kagum aku tengok persembahan dia. Antara yang terbaik dan tak mengecewakan, pandai dia serasikan suara unik dia dengan lagu tu. So, takde isu suara lucu lagi. Sokong Amal! Persembahan kelihatan hidup dan buat penonton terus nak tengok dan dengar nyanyian dia.

Persembahan Amir juga menyentuh hati dengan lagu Umi. Juga antara pelajar AF 2016 yang konsisten setiap minggu. Termasuk juga Afi. Peserta lain masing kurang, hmmm rasa kurang tarikan, kurang faktor wow dalam persembahan dan nyanyian mereka. Persembahan biasa-biasa je la.

Konsert AF 2016 minggu 4 ni aku paling teruja nak tengok Emy nyanyi. Tapi…agak menghampakan. Boleh dirumuskan persembahan dia agak pancit. 

Siapakah peserta tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia AF 2016 Minggu 4?
MInggu 4 tak ada penyingkiran dilakukan..tapi peserta tersingkir akan diumumkan di awal konsert AF 2016 minggu 5

konsert akademi fantasia af 2016 minggu 4, senarai lagu peserta af 2016 konsert minggu 4, konsert akademi fantasia af 2016 minggu keempat, gambar akademi fantasia af 2016, peserta tersingkir konsert af 2016 minggu 4
Gambar Akademi Fantasia AF 2016

Info AF2016:
Zizan Razak
Alif Satar

Juri Pengkritik Peserta Akademi Fantasia 2016 Konsert Minggu 4
Dato’ Ramli MS
Dato’ AC Mizal
Adibah Noor

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2016 setiap minggu
Tarikh Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu 4: 11 September 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment