Abdul Latif Menang Pingat Emas Paralimpik Rio & Pecah Rekod Dunia!!!

Atlet Malaysia Menang 3 Pingat Emas Paralimpik Rio 2016 | #TerbangLatifTerbang kian viral bila mana atlet paralimpik Abdul Latif meraih emas ke-3 untuk Malaysia. Hashtag Terbang Latif Terbang trending di laman sosial. Abdul Latif 'terbang tinggi’ telah mencatat rekod rekod baharu dunia dengan acara lompat jauh di Paralimpik Rio.

Nama pemenang pingat emas Paralimpik Rio: Abdul Latif Romly
*kemenangan Abdul Latif pecah rekod dunia
Acara: Abdul Latif telah memenangi acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual)
Kejayaan: Lompat jauh dengan catatan 7.60 meter

keputusan sukan paralimpik rio 2016, abdul latif romly menang pingat emas sukan paralimpik rio acara lompat jauh t20 (kurang upaya intelektual), #terbanglatifterbang, terbang latif terbang, abdul latif terbang tinggi
Gambar Abdul Latif Romly menang pingat emas acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Rio 2016
Berita gembira untuk rakyat Malaysia. Atlet kita setakat ini berjaya meraih 3 pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016. Tahniah! Kami team Malaysia sentiasa menyokong anda beraksi di temasya Sukan Paralimpik Rio tahun ini.

Sebelum ini, emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru. Emas ketiga sukan paralimpik Rio 2016 disumbang oleh Abdul Latif pula. Tahniah!!!

Kisah olimpik:
Ini yang ditunggu2: PEMENANG PINGAT EMAS PARALIMPIK DAPAT HADIAH RM1 JUTA
Aksi seriau di sukan olimpik 2016: GAMBAR ATLET PERANCIS PATAH KAKI SEMASA AKSI GIMNASTIK

No comments:

Post a Comment