Sinopsis Drama Pergilah Air Mata TV1

Sinopsis Drama Pergilah Air Mata TV1 Slot Widuri | Pergilah Air Mata mengisahkan Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya. Saksikan segalanya dalam drama Pergilah Air Mata di kaca tv anda.

Pelakon Drama Pergilah Air Mata TV1
Kamal Adli sebagai Badrul
Nelydia Senrose sebagai Sabrina
Izreen Azminda sebagai Dayana
Reen Rahim sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Datin Hamidah
Mustafa Kamal sebagai Datuk Hamidi
Amar Asyraf sebagai Ikmal
Azlee Khairi sebagai Darius
Ezzaty Abdullah sebagai Amira

Sinopsis drama Pergilah Air Mata TV1, pelakon dan gambar drama Pergilah Air Mata TV1, Pergilah Air Mata episod akhir – episod 26
Gambar Drama Pergilah Air Mata TV1

Tonton drama Pergilah Air Mata
Tarikh Pergilah Air Mata disiarkan: 10 Julai 2016
Jumlah episod drama Pergilah Air Mata: 26
Pergilah Air Mata episod akhir – episod 26
Hari: Sabtu & Ahad
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV1

No comments:

Post a Comment