Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia (Astro)

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia (Astro) Lelaki Macam Dia mengisahkan Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya.

Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Lelaki Macam Dia di kaca tv anda.

Pelakon Drama Lelaki Macam Dia (Astro)
Azrel Ismail sebagai Fahmi Nazarul Ain
Izreen Azminda sebagai Nur Fatihah Husna
Akhmal Nazri sebagai Encik Aydan Danial
Sharisa Haris sebagai Sally
Zera Hariz sebagai Hajar
Elya Miera sebagai Lily
Natasha Elyzza sebagai Nina
Zulkifli Ismail sebagai Dato' Said
Feiyna Tajudin, Mak Wan Latah, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Sheila Mambo, Kissya Nick, Fariz Iskandar, Idris Md Diah, Syazwan Zulkifli, Ika Nabila

OST Lagu Tema Lelaki Macam Dia
Lagu : Jangan Jangan
Penyanyi : Wani Kayrie

Sinopsis drama Lelaki Macam Dia siaran Astro, pelakon dan gambar drama Lelaki Macam Dia, Lelaki Macam Dia episod akhir – episod 20
Gambar Drama Lelaki Macam Dia (Astro)

Saksikan drama Lelaki Macam Dia
Tarikh Lelaki Macam Dia disiarkan: 18 Julai 2016
Jumlah episod drama Lelaki Macam Dia: 20
Lelaki Macam Dia episod akhir – episod 20
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment