Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan (Astro)

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan (Astro) Isteri Tuan Ihsan mengisahkan Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Terjah!

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua? Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela? Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya? Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Isteri Tuan Ihsan di kaca tv anda.

Pelakon Drama Isteri Tuan Ihsan (Astro)
Aaron Aziz sebagaiTuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim

Gambar Drama Isteri Tuan Ihsan (Astro)
Sinopsis drama Isteri Tuan Ihsan siaran Astro, pelakon dan gambar drama Isteri Tuan Ihsan, Isteri Tuan Ihsan episod akhir – episod 20
Isteri Tuan Ihsan drama adaptasi novel karya Sara Kyoko
Saksikan drama Isteri Tuan Ihsan
Tarikh Isteri Tuan Ihsan disiarkan: 5 Disember 2016
Jumlah episod drama Isteri Tuan Ihsan: 20
Isteri Tuan Ihsan episod akhir – episod 20
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment