Taktik Geng Hamper Samun & Rompak Rumah

Waspada jenayah Geng Hamper: Taktik Geng Hamper samun dan rompak rumah | Dah nak dekat musim perayaan, ada sahaja pihak yang cuba ambil kesempatan. Terbaru, Geng Hamper menggunakan taktik menghantar hamper raya ke rumah untuk membuat rompakan dan samun. Jadi, berhati-hatilah kita bila menerima kunjugan orang tidak dikenali. Jangan ghairah melihat hadiah hamper, tanpa berfikir panjang membuka gate dan membenarkan mereka masuk rumah.


Cara Geng Hamper samun dan rompak rumah
Taktik mereka agar dapat masuk ke dalam rumah adalah melalui pemberian "hamper raya" kepada mangsa sebelum menyamun rumah mangsa.

taktik geng hamper samun dan rompak rumah, cara geng hamper samun dan rompak rumah, sasaran geng hamper untuk merompak, modus operandi geng hamper, cara elak jadi mangsa samun dan rompakan geng hamper
Geng Hamper kini kembali!

Sasaran Geng Hamper untuk merompak
Terlebih dahulu, Geng Hamper akan memperdaya mangsa. Sasaran mereka ialah kanak-kanak, suri rumah dan pembantu rumah.

Modus operandi Geng Hamper
- Suspek akan berpura-pura menghantar hamper ke rumah sebelum memasuki rumah mangsa untuk merompak.
- Suspek akan memperkenalkan diri mereka sebagai saudara jauh/sahabat lama kepada bapa/suami/majikan mangsa untuk meyakinkan mangsa agar membuka pagar/pintu rumah bagi menerima hamper yang dibawa.
- Mangsa yang terpedaya akan membuka pagar/pintu rumah sebelum suspek memegang dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum merompak.

Nasihat polis: Cara elak jadi mangsa samun dan rompakan Geng Hamper
- Sentiasa berhati-hati dengan mana-mana individu yang tidak dikenali walaupun ketika berada di dalam rumah.
- Kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak sesekali membenarkan mana-mana individu yang tidak dikenali memasuki/menghantar barang ke dalam rumah anda tanpa pengawasan dan kebenaran dari kedua orang tua/penjaga.
- Hubungi segera bapa/suami/majikan jika menerima kehadiran individu-individu yang tidak dikenali tadi ke rumah anda untuk membuat pengesahan.
- Hubungi pihak polis dengan kadar segera jika adanya individu-individu yang boleh mendatangkan bahaya di luar rumah anda.

Dengan pendedahan taktik licik Geng Hamper samun dan rompak rumah, moga kita semua amalkan sikap berwaspada. Berhati-hati di mana jua.

No comments:

Post a Comment