Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat (Astro)

Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat Astro | Cinta 11 Syarat mengisahkan Rasya pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain?

Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati!

Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq/ Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya. Saksikan segalanya dalam drama Cinta 11 Syarat di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta 11 Syarat Astro
Aqasha sebagai Haziq
Bella Dally sebagai Rasya
Iqram Dinzly sebagai Syahrie
Anne Abdullah sebagai Saodah
Farisha Irwayu sebagai Jannah
Afifah Nasir sebagai Hana
Cinta Deline sebagai Syairah
Syamin Azlah sebagai Jaslene
Kazar sebagai Pak Omar
Delimawati sebagai Mak Eton
Syahera Manrose sebagai Abirah
Kuna Muzaini sebagai Laila
Idan sebagai Haziq
Lazizah Ahmad sebagai Markonah
Noor Ismaliza sebagai Mak Siti

OST Lagu Tema Drama Cinta 11 Syarat
Lagu : Katakan
Artis : Harris Baba

Sinopsis drama Cinta 11 Syarat ASTRO, pelakon dan gambar drama Cinta 11 Syarat ASTRO, Cinta 11 Syarat episod akhir – episod 20
Gambar Drama Cinta 11 Syarat Astro
Tonton drama Cinta 11 Syarat
Tarikh Cinta 11 Syarat disiarkan: 6 Jun 2016
Jumlah episod drama Cinta 11 Syarat: 20
Cinta 11 Syarat episod akhir – episod 20
Hari: Isnin - Jumaat
Jam: 6.00 petang
Saluran: Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135

No comments:

Post a Comment