Masaklah Kau (Astro)

Rancangan TV Masaklah Kau Astro | Masaklah Kau program terbaru perihal masakan kat Astro. Pun sama macam Resepi Memikat Suami, cuma kelainannya artis tersebut diberi bahan wajib untuk masak. Jadi masaklah kau kat dapur itu! 

Masaklah Kau rancangan masakan yang menguji kreativiti dan kecekapan selebriti untuk menyediakan hidangan kepada tetamu misteri menggunakan 3 bahan yang tersedia. Pandai ke tak pandai guna, hentam saja la. So far aku pernah tengok Mawar Raja Lawak masak dalam program ni. Juga Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris, Imam Muda Asraf, sape lagi erk.

Masak kat rumah artis tersebut jugak. Bulan puasa ni kan, layankan aje program masakan. Boleh bagi idea untuk juadah berbuka petang karang. Untuk korang semua, jangan lupa tau, tonton Masaklah Kau kat tv kelak.

Pengacara Masaklah Kau (Astro)
Faizal Bin Ismail (FBI)

Rancangan TV Masaklah Kau Astro, faizal ismail hos Masaklah Kau Astro
Gambar Rancangan Masaklah Kau (Astro)

Saksikan program Masaklah Kau
Hari: Selasa
Jam: 9.30 malam
Saluran: Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135

No comments:

Post a Comment