Kerjaya Pegawai ATM & Umur Pencen Tentera

Kerjaya Pegawai ATM Dan Umur Pencen Tentera | Ketahui senarai tugas am, tugas ikhtisas dan tugas khas seorang pegawai ATM. Juga kategori perkhidmatan pegawai ATM. Berapa umur pencen tentera sebenarnya. Yakni umur bersara paksa (wajib), umur bersara pilihan, berapa lama tempoh perkhidmatan tentera, adakah umur bersara sehingga mencapai 62 tahun? Haa, rujuk info di bawah.

umur bersara pilihan, umur bersara wajib, umur bersara 62, tempoh perkhidmatan tentera, umur pencen tentera, umur pencen tudm tldm
Perkhidmatan pegawai ATM

JENIS PENTAULIAHAN PEGAWAI ATM:
Senarai Tugas Am – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
Senarai Tugas Ikhtisas – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perubatan dan pergigian.
Senarai Tugas Khas – Anggota yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar kepada pegawai.

KATEGORI PERKHIDMATAN PEGAWAI-PEGAWAI ATM
Pegawai Tauliah Jangka Pendek
Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai pegawai tauliah tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan.

Pegawai Tauliah Tetap
Jangka masa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen.

Umur Pencen Tentera
Umur pencen tentera terbahagi kepada 2 iaitu umur bersara wajib dan umur bersara pilihan. Termasuklah umur pencen TUDM, TLDM. Tempoh perkhidmatan tentera adalah bergantung pangkat mereka.

Umur Bersara Paksa
Pangkat dan Senarai Tugas AM/Khas
Umur (Tahun)
     Lelaki    
Perempuan
Kolonel dan ke atas
60
60
Leftenan Kolenel
57
57
Mejar
55
55
Kapten
52
52
Leftenan dan Leftenan Muda
50
50
Senarai Tugas Iktisas


Semua Pangkat
60
60

Umur bersara paksa bagi pangkat kolonel ke atas adalah 60 tahun. Pangkat leftenan kolenel pula pencen di usia 57 tahun. Pangkat mejar ATM pula pencen masa umur 55 tahun. Pangkat kapten ATM pula di usia 52 tahun. Untuk pangkat leftenan dan leftenan muda, umur pencen ialah 50 tahun. Bagi semua pangkat dalam tentera ATM, umur bersara adalah 60 tahun.

Umur Bersara Pilih
Pangkat dan Senarai Tugas AM/Khas
Umur (Tahun)
     Lelaki    
Perempuan
Kolonel dan ke atas
50
45
Leftenan Kolenel
47
45
Mejar
45
45
Kapten
40
40
Leftenan dan Leftenan Muda
40
40
Senarai Tugas Iktisas


Semua Pangkat
50
45

Umur bersara pilih bagi pangkat kolonel ke atas adalah 50 tahun (lelaki) dan 45 tahun (wanita). Pangkat leftenan kolenel pula pencen di usia 47 tahun (lelaki) dan 45 tahun (wanita). Pangkat mejar ATM pula pencen masa umur 45 tahun. Pangkat kapten ATM pula di usia 40 tahun. Untuk pangkat leftenan dan leftenan muda, umur pencen ialah 40 tahun. Bagi semua pangkat dalam tentera ATM, umur bersara adalah 50 tahun (lelaki) dan 45 tahun (wanita). Secara umumnya, umur bersara pilihan lebih awal pencen daripada umur bersara paksa.

Info berkaitan:

Moga informasi tentang kerjaya pegawai ATM dan umur pencen tentera membantu anda yang kini atau bakal menjadi salah seorang anggota tentera Malaysia. Dah tahu umur persaraan masing-masing, jadi bolehlah buat perancangan matlamat selepas bersara kelak.

No comments:

Post a Comment