Perkembangan Bayi Usia 11 Bulan

Bayi 11 bulan boleh buat apa? Ya, itu persoalan yang sering bermain di minda sebagai seorang ibu muda. Sedikit perkongsian tentang ciri-ciri pertumbuhan bayi dan kelakuan anak kita ketika umur baby 11 bulan. Jom baca dan ketahui tanda-tanda perkembangan anak di usia bayi 11 bulan.

Perkembangan Bayi Anak Kita Pada Usia 11 Bulan
1. Bayi 12 bulan semakin suka berdikari
Bayi akan berusaha berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung. Bayi juga akan memegang tangan kita untuk memimpin dirinya berjalan. Malah mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu kita memakaikan pakaiannya.

Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. Bayi akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai minum ataupun mungkin akan meletakkan cawan secara lembut.

2. Bayi suka jatuhkan barang dari genggaman
Ketika usia ini, bayi suka menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain.

3. Bayi membentuk peribadinya sendiri
Pada usia ini, bayi mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya. Kredit: Perkembangan bayi anda semasa usia 11 bulan

Perkembangan anak anda usia bayi 11 bulan, cara mendidik mengajar anak pada usia bayi 11 bulan, tingkah laku sikap bayi umur 11 bulan, ciri-ciri pertumbuhan bayi usia anak kita 11 bulan, bayi 11 bulan boleh buat apa, gambar bayi usia 11 bulan
Gambar Bayi Usia 11 Bulan

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 11 Bulan
1. Dedahkan bayi usia 11 bulan dengan buku
Bayi seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.

2. Mula mengajar apa yang boleh dan tidak boleh pada bayi (menetapkan batasan)
Bayi mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut.

Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

3. Bercakap dengan bayi
Galakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.

Pada usia ini, bayi mungkin boleh mengajuk bunyi perkataan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.

Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya. 
Perkembangan anak anda usia bayi 11 bulan, cara mendidik mengajar anak pada usia bayi 11 bulan, tingkah laku sikap bayi umur 11 bulan, ciri-ciri pertumbuhan bayi usia anak kita 11 bulan, bayi 11 bulan boleh buat apa, gambar bayi usia 11 bulan
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan

Bayi makin membesar dan kini umurnya menginjak 11 bulan. Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 11 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.

No comments:

Post a Comment