Semakan Senarai Hitam PTPTN

Semakan Peminjam PTPTN Yang Disenarai Hitam CCRIS | Ada yang ingin tahu cara semak PTPTN senarai hitam peminjam (PTPTN senarai hitam Imigresen). Alaa mudah je la. Boleh semak status diri kita sama ada terkena senarai hitam ataupun tak menerusi PTPTN online je (PTPTN check blacklist).

PTPTN senarai hitam CCRIS bagi peminjam PTPTN yang ingkar dan enggan membayar balik pinjaman PTPTN, walaupun surat amaran dari PTPTN telah diberikan. Untuk mengelak daripada senarai hitam PTPTN, kita sebagai peminjam hendaklah membuat bayaran balik secara beransur-ansur, sentiasa semak baki PTPTN. Dibawah diterangkan juga senarai hitam PTPTN ditarik balik.
semakan senarai hitam ptptn, ptptn senarai hitam peminjam, ptptn senarai hitam imigresen, ptptn online, ptptn check blacklist, ptptn senarai hitam ccris, senarai hitam ptptn ditarik balik, ptptn semak baki
Bagaimana cara semakan senarai hitam PTPTN dan apa kesan senarai hitam imigresen?
Semakan senarai hitam boleh dilakukan di laman web PTPTN (Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam) atau hubungi Call Centre di talian 03-2080 4455.

Cara Buat Semakan Senarai Hitam Imigresen
Senarai peminjam PTPTN yang telah dikenakan sekatan imigresen atau disenarai hitam imigresen boleh semak nama anda pada link berikut. Klik Semakan senarai hitam imigresen untuk memulakan proses semakan blacklist PTPTN. Sila klik pada bahagian butang semak.

Sekiranya nama anda telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.

Peringatan Buat Peminjam Sebelum Nama Di Senarai Hitam PTPTN
1. Peminjam ingkar lain yang belum disenaraihitam dinasihat untuk membuat bayaran segera mengikut jadual yang ditetapkan sebelum tindakan yang sama diambil.
2. Prosedur rayuan senarai hitam dan / atau saman (sebelum penghakiman direkodkan) --Klik di Sini
3. Setelah klik butang 'SEMAK', anda akan dibawa ke Sistem Semakan Status Blacklist di portal Jabatan Imigresen Malaysia. Pihak PTPTN tidak akan bertanggungjawab sekiranya sistem tersebut mengalami gangguan atau tidak dapat diakses. Mohon rujuk portal Jabatan Imigresen Malaysia untuk makluman lanjut.

Kesan Senarai Hitam Peminjam PTPTN Dalam Rekod CCRIS
1. Peminjam PTPTN yang enggan membuat bayaran balik hutang mereka, menyebabkan mereka tidak dapat keluar negara. Mereka akan disekat di bahagian Imigresen airport.
2. Peminjam PTPTN juga tidak dapat memohon atau memperbaharui pasport mereka.
3. Penguatkuasaan senarai hitam diambil kepada mana-mana penerima biaya (peminjam PTPTN) yang mempunyai tunggakan bayaran balik pembiayaan atau pinjaman.

Senarai Hitam PTPTN Ditarik Balik
Cara bagi senarai hitam PTPTN ditarik balik, ikuti panduan berikut. Penerima biaya atau peminjam PTPTN dikehendaki membayar keseluruhan pembiayaan pendidikan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama anda dikeluarkan daripada senarai hitam. Walau bagaimanapun, penerima biaya boleh berunding dengan PTPTN bagi menetapkan bayaran ansuran atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pendek kata, bila kita berhutang, buatlah bayaran balik, tidak kisah la nak buat bayaran lump sum atau buat bayaran ansuran. Yang penting ada bayaran dibuat. Tidaklah nama kita nanti direkod dalam CCRIS kena senarai hitam PTPTN. Bila nama tercatat dalam senarai hitam imigresen, bukan ke kita juga yang susah, tak dapat nak keluar negara. Dikenakan sekatan. 

12 comments:

  1. bayar je biarpun RM 50.00/bulan...yg penting bayar sbb mmg kita dah buat pinjaman tu...bab riba, interest tinggi bagai tu antara orang berkenan dgn Allah s.w.t ...
    janji tugas kita bayar sbb kita dah pinjam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar rm50 tu a luak pun dah tolak dgn rm17.50 setiap kali bayar...lolz..

      Delete
    2. nak tanya..berapa tempoh masa untuk disenarai hitam??24 bulan dari tarikh tamat blaja ke?

      Delete
  2. kalau dah semak kat web imigresen n status "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat"..means?? sy dah blacklist ke? n saya lagi dapat kluar negeri x? maksud sy ke sarawak-semenanjung @ sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu, sy tak pasti, boleh datang terus ke pejabat imigresen untuk pengesahan status blacklist.

      yg nama dah kena blaclist tu, hanya ke luar negara je tak boleh. setakat masih dalam malaysia itu boleh lg terbang.

      Delete
  3. status blacklist imegresen ada tertulis SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN TERDEKAT .. adakah saya akan dihalang keluar dari KUCHING (KIA) dan masuk KL (LCCT)? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh datang terus ke pejabat imigresen untuk pengesahan status blacklist / nama disenarai hitam

      yg nama dah kena blaclist tu, hanya ke luar negara je tak boleh. setakat masih dalam malaysia itu boleh lg terbang. sarawak-sabah-semenanjung masih lagi boleh terbang

      Delete
  4. Dan yg byar potongan gaji dgn tiada tunggakan pun pun kena black list.surat pengesahan dr ptptn dgn status pmbayaran dengan nilai tiada tunggakan pun x boleh pakai.kenapa nak kuarkan surat pengesahan yg x boleh pakai.buat loan keta pun jadi buang ke laut suratnya.

    ReplyDelete
  5. Dan yg byar potongan gaji dgn tiada tunggakan pun pun kena black list.surat pengesahan dr ptptn dgn status pmbayaran dengan nilai tiada tunggakan pun x boleh pakai.kenapa nak kuarkan surat pengesahan yg x boleh pakai.buat loan keta pun jadi buang ke laut suratnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu kena refer pada pejabat imigresen, sebab mengapa nama blh jd blacklist

      Delete
    2. Bila call bahagian senarai hitam pun tiada siapa yang nak angkat. Manjang sibuk jer dorang tuu

      Delete
    3. Bila call bahagian senarai hitam pun tiada siapa yang nak angkat. Manjang sibuk jer dorang tuu

      Delete