Kelebihan Memiliki Anak Perempuan Dalam Islam

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan Dalam Islam | Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan aku seorang anak perempuan yang comel bernama baby Amirah. Bila dah anak anak ni, mesti kita nak tahu apa kelebihan mendidik anak perempuan juga apa kelebihan ramai anak perempuan dalam keluarga.
kelebihan memiliki anak perempuan dalam islam, kelebihan mendidik anak perempuan, kelebihan ramai anak perempuan, cara memiliki anak perempuan, tips memiliki anak perempuan, mimpi memiliki anak perempuan, kelebihan melahirkan anak perempuan
Gambar anak perempuan yang comel dan cute

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” sumber

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Mengetahui banyak kelebihan melahirkan anak perempuan, sehinggakan ada pasangan mencari maklumat tentang cara memiliki anak perempuan, mencuba tips memiliki anak perempuan. Sampai ada termimpi-mimpi. Mimpi pasal apa? Mimpi memiliki anak perempuan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

kelebihan memiliki anak perempuan dalam islam, kelebihan mendidik anak perempuan, kelebihan ramai anak perempuan, cara memiliki anak perempuan, tips memiliki anak perempuan, mimpi memiliki anak perempuan, kelebihan melahirkan anak perempuan
Kelebihan memiliki anak perempuan dalam Islam

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. 

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar. 

No comments:

Post a Comment