Hukum Makan Belangkas Dalam Islam

Hukum Makan Belangkas Dalam Islam | Pernah makan belangkas? Pertama kali aku melihat belangkas kugambarkan ia seperti raksasa dalam cerita Ultraman. Nak pegang pun aku takut, aptah lagi nak masak belangkas, nak makan belangkas. Sekali dirasa, rupanya telur dan isi belangkas sedap sekali. Eh, mesti ada yang tertanya-tanya boleh ke tak makan belangkas ni. Adakah belangkas haiwan yang halal dimakan, ataupun haram dimakan. Jom baca keterangan di bawah.

Hukum makan belangkas dalam islam, cara menyiang belangkas, resepi belangkas masak sambal, resepi belangkas bakar, belangkas goreng, belangkas masak asam pedas, belangkas masak kicap, belangkas masak lemak cili api
 Gambar belangkas. Boleh bayang tak betapa enaknya telur belangkas.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan hukum makan belangkas sama ada isi belangkas ataupun telur belangkas. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging, isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL). sumber

Hukum makan belangkas dalam islam, cara menyiang belangkas, resepi belangkas masak sambal, resepi belangkas bakar, belangkas goreng, belangkas masak asam pedas, belangkas masak kicap, belangkas masak lemak cili api
 Hukum makan isi belangkas dan telurnya 

Jadi, jelaslah bahawa belangkas itu halal dimakan. Alhamdulillah. Nak masak belangkas kena pandai menyiang belangkas. Buang hempedu belangkas, sebab hempedu dia boleh menyebabkan kita pening. Lihat cara menyiang belangkas di SINI.

Tahu masak belangkas? Antara masakan belangkas yang anda boleh cuba:
1.  belangkas masak sambal
2. belangkas bakar
3. belangkas goreng
4. belangkas masak asam pedas
5. belangkas masak kicap
6. belangkas masak lemak cili api

Terliur-liur aku dibuatnya. Semua masakan di atas sedap! Paling simple nak rebus belangkas je pun dah melazatkan. So dah tahu hukum makan belangkas tu halal, apa lagi jom cari belangkas kat pasar basah.

No comments:

Post a Comment