BoboiBoy Ajar Anak-Anak Kitar Semula

Kempen Kitar Semula Bersama BoboiBoy Dalam Episod Khas BoboiBoy | 3 episod khas kartun kegemaran anak-anak iaitu BoboiBoy akan ditayangkan di TV3 dan di Youtube bermula 18 Disember 2015. Dalam episod khas tersebut ia berkaitan kempen “Pengasingan Sisa Pepejal Isi Rumah” dan “Kitar Semula”.

Kempen kitar semula menerusi episod khas BoboiBoy bertujuan untuk memberitahu orang ramai faedah kitar semula dengan mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan serta dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal.

Gambar BoboiBoy 
Gambar boboiboy, boboiboy kitar semula, kepentingan kitar semula, tong kitar semula, konsep kitar semula, kitar semula botol air mineral, faedah kitar semula, kitar semula 3r, barang kitar semula, gambar 3 tong kitar semula
Kartun BoboiBoy kesukaan kanak-kanak
Penonton yang menyaksikan kartun BoboiBoy pasti akan terkesan dengan mesej disampaikan kepentingan kitar semula. Menimbulkan kesedaran tentang pengurusan sampah yang betul disamping menggunakan bahan buangan dengan kreatif dan efektif.

Eh, botol minuman pun boleh dikitar semula tau. Pentingnya mengajar anak-anak konsep kitar semula, mendedahkan budak-budak dengan kitar semula 3R iaitu RECYCLE, REDUCE, REUSE (pengurang, guna semula dan kitar semula).

Gambar boboiboy, boboiboy kitar semula, kepentingan kitar semula, tong kitar semula, konsep kitar semula, kitar semula botol air mineral, faedah kitar semula, kitar semula 3r, barang kitar semula, gambar 3 tong kitar semula
BoboiBoy penjaga bumi

Barang kitar semula seperti kitar semula botol air mineral salah satu cara mendidik anak menjaga alam sekitar. Botol air mineral boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah, tempat letak barang seperti berus gigi, remote control dan sebagainya.

Jalan cerita menarik mampu menghibur sambil mendidik penonton tentang kepentingan pengasingan sisa pepejal dan kitar semula. Ini adalah selaras dengan imej BoboiBoy sebagai “Penjaga Bumi”. Dengan 3 langkah mudah, orang ramai akan dapat menjayakan kempen ini bersama Boboiboy.

Gambar Tong Kitar Semula
Gambar boboiboy, boboiboy kitar semula, kepentingan kitar semula, tong kitar semula, konsep kitar semula, kitar semula botol air mineral, faedah kitar semula, kitar semula 3r, barang kitar semula, gambar 3 tong kitar semula
Jom laksanakan kempen kitar semula

Langkah 1 – Asingkan mengikut jenis yang ditetapkan
Langkah 2 – Simpan sementara dalam bekas yang sesuai
Langkah 3 – Letakkan ditepi tong pada hari kutipan

Kitar semula..ermmm aku berharap diperbanyakkan lagi tong kitar semula. Orang ramai memang dah terdedah dengan kempen recycle ni, Cuma tong je agak terhad. Aku amat menyokong kempen kitar semula. Jom bersama BoboiBoy menjayakan misi mengitar semula bahan buangan!

No comments:

Post a Comment