Beli Botol Susu BPA Free

Dalam memilih botol susu yang dijual di pasaran, pastikan kita beli botol susu yang selamat digunakan oleh bayi. Bagaimana caranya? Dengan memilih botol susu cop BPA free.

Sebelum tu, apa kata kita memahami apa yang dimaksudkan dengan BPA, dalam erti kata yang lain Bisphenol A. BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’. Jadi, semasa kita beli botol susu, tengoklah label yang tertera pada pembungkusan botol susu berkenaan. Pilih BPA free, baru beli.

BPA mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Kesan BPA boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh. Apatah lagi penggunaan botol susu yang mengandungi BPA ni mendedahkan bahaya kepada bayi. Jadi, telitilah dalam membeli botol susu bayi.

Botol susu BPA free, botol susu bayi bebas BPA, maksud Bisphenol A (BPA), botol susu baby polikarbonat, kesan BPA terhadap kesihatan, gambar botol susu anak ada BPA free, puting botol susu dan puting kosong tidak mengandungi BPA, perkakasan dan bekas makanan minuman bayi seperti pinggan, sudu, cawan plastik tidak mengandungi BPA
Botol susu yang saya pilih dan beli adalah BPA free. Harga botol susu bebas BPA sekitar RM7 sehingga puluhan ringgit

Bila melibatkan botol susu, pasti kita tertanya-tanya akan puting botol susu mahupun puting kosong. Adakah kedua-duanya mengandungi BPA? Jawapannya, puting botol susu dan puting kosong tidak mengandungi BPA. Fuh, lega! Ini kerana puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

Selain daripada soalan di atas, timbul lagi pertanyaan adakah perkakas bayi dan bekas makanan/ minuman bayi seperti pinggan, sudu dan cawan plastik juga mengandungi BPA? Jawapannya juga tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

No comments:

Post a Comment