Perkembangan Bayi Usia 6 Bulan

Masa kian berlalu, tak sangka usia baby Amirah akan mencapai umur 6 bulan Januari 2016. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 6 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 6 bulan.

Perkembangan Bayi Usia 6 Bulan
1. Bayi semakin mahir menggunakan tangannya
Apabila bayi mencapai usia 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal gerak tangannya hingga membolehkan dia menarik objek di sekelilingnya. Bayi akan memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali.

2. Bayi belajar bergolek
Bayi belajar bergolek ke kiri dan ke kanan. Semasa menukar lampin atau pampers bayi, letakkan tangan di atas badan bayi. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi keseorangan di atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, beralihlah untuk menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

3. Bayi suka bersosial dan berinteraksi
Bayi sukakan orang yang menyapanya dengan mesra dan menghadiahkannya senyuman.
Bayi sudah tahu cara mendapatkan perhatian kita dengan melakukan apa sahaja. Juga mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Bahkan menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain semata-mata meraih perhatian kita. Mesti seronok!

4. Bayi semakin suka membebel
Bayi melihat dan mendengar apa yang ada di persekitarannya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bercakap yang kedengaran membebel.

5. Bayi menangis apabila bercakap kasar dengannya
Haaa, dah lagak macam orang besar. Bayi sudah boleh mengenalpasti nada dan suara yang berbeza. Mereka akan menangis apabila kita bercakap kasar dengannya.

Gambar Bayi Usia 6 Bulan
Perkembangan bayi usia 6 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 6 bulan, tingkah laku bayi umur 6 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 6 bulan, bayibelajar bergolek, bayi menangis bila bercakap kasar padanya

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 6 Bulan
1. Main mainan jenis bergilir-gilir dan permainan terbaik untuk bayi
Bayi 6 bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran kita, cara terbaik untuk mengajar bayi dan membuat dia ketawa pada masa yang sama adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan. Untuk lebih senang, install applikasi Animal menerusi telefon pintar kita sebagai kaedah pembelajaran anak-anak.

2. Mendedahkan banyak alat mainan yang merangsang derianya
Bayi menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan. Makin banyak alat makin, makin luas pengetahuannya.

3. Bacakan buku cerita untuk bayi
Pilih buku cerita yang ada banyak gambar, warna kartun berwarna-warni. Bayi akan terhibur melihat gambar yang terang. Membaca kepada bayi membantu skil kemahiran mendengar bayi dan mengalakkan mereka untuk bercakap.
Perkembangan bayi usia 6 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 6 bulan, tingkah laku bayi umur 6 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 6 bulan, bayibelajar bergolek, bayi menangis bila bercakap kasar padanya
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 7 bulan

Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 6 bulan. Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda :)

No comments:

Post a Comment