Kempen Breastfeeding Susu Ibu Terbaik Untuk Bayi

Dapat kempen CPUV special dari Nuffnang iaitu kempen bernama MOH – Exclusive Breastfeeding. Ngam sangat dengan pengisian blog ni yang berkisarkan pasal ibu dan bayi. Semestinya susu ibu yang mengandungi banyak khasiat adalah susu terbaik untuk bayi.

Kempen breastfeeding susu ibu terbaik untuk bayi, susu badan ibu sepenuhnya, penyusuan bayi, susu formula, susu tepung, susu pasar, susu beli, susu kedai, penyusuan secara ekslusif
Ministry of Health (MOH) – Exclusive Breastfeeding
Cpuv Nuffnang penyusuan susu ibu

Bagus jugak diadakan kempen macam ni. Memberi galakan buat golongan ibu untuk menyusukan anak sendiri. Masih lagi aku teringat masa check up kehamilan kat klinik kesihatan, misi akan bagi taklimat pasal penyusuan bayi.

Penyusuan penuh sehingga bayi mencapai usia 6 bulan, juga sehingga bayi mencapai usia 2 tahun. Katanya, bayi hanya boleh makan makanan pepejal bila dah cecah 6 bulan ke atas. So, bawah 6 bulan bayi akan bergantung susu ibu sepenuhnya. Tak pun susu formula atau lebih dikenali susu tepung ataupun susu pasar.

Kalau dapat bagi susu badan sepenuhnya, itulah yang terbaik. Tapi kalau tak berkemampuan atas faktor-faktor lain, ikutlah prosedur pemakanan bayi.

Kempen breastfeeding susu ibu terbaik untuk bayi, susu badan ibu sepenuhnya, penyusuan bayi, susu formula, susu tepung, susu pasar, susu beli, susu kedai, penyusuan secara ekslusif
Kempen breastfeeding di blog

Kempen breastfeeding ataupun pemberian susu ibu pada bayi haruslah dibuat menerusi cara galakan. Tidak kisahlah siapa yang memberi galakan sama ada mereka yang terdiri di kalangan jururawat, doktor, pihak kesihatan, ibu bapa, orang-orang tua dan sebagainya.

Jangan terlalu mendesak, memberi tekanan pada si ibu. Bila stress, si ibu akan berada dalam mood negatif yang mana kemungkinan akan menghalang kelancaran proses breastfeeding. Sama-sama kita jadikan kempen breastfeeding dengan cara yang positif.

Baca lagi:

No comments:

Post a Comment